in

Ketua Polis KL Bagi Amaran Agar TikTokers Tak ‘Menyibuk’ Di Kawasan Tanah Jerlus Untuk ‘Content’

Ft Ketua Polis Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam sidang media semalam memberi amaran keras  kepada orang ramai khususnya pencipta kandungan supaya menjauhi kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Katanya, tempat tanah jerlus itu masih ditutup kepada orang ramai berikutan beberapa agensi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK) sedang menjalankan kerja di situ.


Artikel berkaitan : DBKL Sumbang RM 30K Kepada Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Masjid India

Artikel berkaitan : Kawasan Masjid India Sunyi, Peniaga Akui Terkesan Dengan Kejadian Tanah Jerlus

Justeru pihak berkuasa tidak mahu kerja mereka terganggu oleh pelawat yang membuat kandungan di tempat tersebut. Beliau turut menambah bahawa lubang benam itu bukan satu-satunya lubang besar di kawasan itu kerana terdapat juga lubang kedua dan saluran panjang sedang diperiksa oleh agensi.

Screenshot 2024 09 06 174821

“Semasa kerja sedang dilakukan, kami tidak mahu orang ramai berkumpul di sana, melihat sekeliling, membuat video TikTok. Oleh itu, saya mengarahkan Balai Polis Dang Wangi untuk menempatkan beberapa anggota di sana.”

Screenshot 2024 09 06 174838

Tambah beliau lagi, Ketua Polis Kuala Lumpur berkata, langkah ini adalah untuk keselamatan orang ramai sendiri kerana lubang benam itu sedalam sehingga 10 meter dan berbahaya.

Sumber : Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.