Jika dapat dilihat, kes positif baru-baru ini di Lembah Klang menunjukkan peningkatan secara drastik terutamanya di Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes yang mencanak naik itu adalah disebabkan oleh tempat kerja.
Ini berikutan ketiga-tiga negeri (Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya) adalah pusat tumpuan warga pekerja. Kepadatan penduduk di negeri-negeri ini juga menjadi salah satu faktor risiko meningkatnya kadar kebolehjangkitan atau penularan penyakit COVID-19.”
Ini kerana, sebanyak 162 kluster aktif Covid-19 yang dilaporkan 72 kluster adalah berkaitan dengan tempat kerja, termasuk empat kluster baharu terkini.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru pihak majikan memainkan peranan lebih besar untuk bersama menangani penularan COVID-19 dalam negara. Lapor Astro Awani.
“Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penularan penyakit berjangkit dalam kalangan pekerja, misalnya isu tempat penginapan, kebersihan kendiri, dan juga persekitaran di tempat tinggal, serta tempat kerja. Isu penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja bukan warganegara adalah merupakan isu penting yang perlu ditangani,” katanya.
Baca : [TERKINI] Meningkat! 1,210 Kes Positif Covid 19 & 5 Kematian Dilaporkan Hari Ini