in

Ketatkan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Boleh Bendung Kes Buli?

fi buli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ikutan kes buli yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, timbul banyak perdebatan antara ibu bapa dan orang ramai berkaitan isu punca kes buli ini.

Seperti yang telah tular baru-baru ini, kes buli yang melibatkan 10 orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, dikatakan berpunca daripada mangsa menegur pembuli menonton video pornografi di telefon bimbit.


Video berdurasi 10 saat yang memaparkan situasi ketika mangsa dibuli di asrama sekolah berkenaan telah pun tular di Internet dan mendapat banyak kecaman serta menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kesemua pembuli juga telah dijatuhkan hukuman dibuang sekolah yang berkuat kuasa pada hari Selasa yang lepas (14 Disember 2021).

Susulan dengan kejadian ini, terbongkar satu demi satu kes buli yang lain di seluruh Malaysia. Walaupun dengan cara yang berbeza, namun kesan yang diterima kebanyakan mangsa buli adalah sama iaitu trauma.

Telefon bimbit punca kes buli?

Oleh hal yang demikian, tular di laman sosial berkaitan punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah. Banyak perdebatan yang berlaku antara ibu bapa dan orang ramai tentang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya pelajar asrama. Hal ini kerana, kebanyakan mereka mendakwa telefon bimbit merupakan salah satu punca kes buli itu berlaku.

Di pihak ibu bapa, kebanyakan mereka mencadangkan larangan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah kerana isu tontonan video pornografi.

media buli 1

Namun begitu, bagi pihak orang ramai pula mereka membantah larangan tersebut dengan mempersoal tujuan sebenar cadangan larangan itu diusulkan; adakah untuk sebenar-benar membendung isu tontonan pornografi  atau untuk sembunyikan kes buli ini ?

komen buli 1

Dalam pada itu, ada juga segelintir yang kecewa kerana isu telefon bimbit yang dibangkitkan sedangkan masalah kes buli tersebut lebih besar dan lebih penting.

komen buli 2

Apapun puncanya, masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya pelajar asrama adalah satu isu yang tidak wajar dianggap remeh-temeh. Semua pihak termasuk institusi pendidikan, ibu bapa dan pelajar sendiri perlu buka mata dan peka terhadap isu ini. Janganlah bila nasi dah jadi bubur baru nak tuding jari.

Baca: 10 Pelajar MRSM Buli Kawan Dah Kena Buang

baca buli

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.