in

Kesihatan Serantau Jadi Keutamaan, ASEAN Mahu Tubuh Rizab Perubatan

ft rizab perubatan asean

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengambil iktibar daripada cabaran besar yang dibawa oleh pandemik COVID-19, ASEAN kini meletakkan keselamatan kesihatan serantau sebagai keutamaan utama.

Satu cadangan penting telah dikemukakan untuk meningkatkan daya tahan rantau ini terhadap krisis kesihatan pada masa hadapan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan penubuhan Rizab Bekalan Perubatan ASEAN Campur Tiga bagi Kecemasan Kesihatan Awam (APTRMS) ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (ASEAN+3) ke-28, yang diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

G4PpVJMXYAAvEgE

Anwar menegaskan bahawa inisiatif itu adalah penting bagi memastikan rantau ini, termasuk rakan dialog utamanya iaitu China, Jepun, dan Korea Selatan, bersedia secara bersama dalam menghadapi sebarang kemungkinan ancaman kesihatan.

“Pandemik COVID-19 telah menekankan kepentingan daya tahan bersama, kerjasama, serta kesiapsiagaan dalam kalangan negara serantau. Kita perlu meningkatkan penglibatan dan kerjasama kerana ia kekal sebagai kunci kepada kestabilan,” ujar beliau pada sidang kemuncak yang dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri China Li Qiang, Menteri Luar Jepun Motegi Toshimitsu, dan Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung.

G4PpVISWIAAwwcW

Artikel berkaitan : Dua Sejarah Terukir Di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Artikel berkaitan : Timor-Leste Kini Sah Menjadi Anggota Terbaru ASEAN, Ini Sejarah Negara Termuda Di Asia

Selain fokus kepada keselamatan kesihatan, Perdana Menteri turut menekankan bahawa pertumbuhan serantau mestilah bersifat adil dan inklusif. Hal ini bagi memastikan kemakmuran dapat dinikmati secara meluas serta kemajuan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan yang berpanjangan.

Sidang Kemuncak ASEAN +3 Summit diadakan bagi membincangkan langkah untuk memperkukuh kerjasama serantau yang lebih luas.

Sumber : Bernama

Sumber: X | ASEAN
Sumber: X | ASEAN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.