Sebelum ini kecoh isu mengenai transgender yang memasuki acara berbasikal dan memenangi pertandingan itu. Ramai pihak yang mempersoalkan akan kemenangannya itu.
Baru-baru ini, timbul pula isu dimana seorang gadis yang berusia 16 tahun yang memasuki acara maraton namun penyertaannya itu telah dibatalkan oleh pihak penganjur. Huh? biar betul!
Noor Alexandria Abukaram, 16, wakil yang memasuki acara maraton di sekolah Sylvania Northview High School, Ohio.
Menurut CNN, gadis muda ini pada mulanya tidak sedar bahawa namanya telah digugurkan daripada acara maraton itu.
Dia hanya sedar selepas habis acara larian apabila mendapati nama dan rekod masa larian miliknya tiada di papan kenyataan tidak seperti rakan-rakannya yang lain.
“Ini merupakan sebuah mimpi ngeri buat saya kerana maraton merupakan acara kesukaan, namun tiba-tiba nama saya digugurkan dari pertandingan”
Tambahnya lagi, dia tidak akan akan menanggalkan tudungnya walaupun tidak dapat memasuki acara kesukaanya iaitu maraton.
Bagi menyangkal perkara ini daripada menjadi lebih teruk, wakil Persatuan Atlet Sekolah Tinggi Ohio, (The Ohio High School Athletic Association), OHSAA telah mengeluarkan kenyataan.
Katanya bagi peserta yang berhijab dan ingin memasuki apa-apa pertandingan sukan disekolah itu, mereka perlu menghantar borang kebenaran untuk berhijab kepada OHSAA sebelum turut serta dalam pertandingan.
Namun, peserta berusia 16 tahun ini gagal melakukan perkara tersbut sehingga menyebabkan penyertaan dia dibatalkan kerana di anggap melanggar peraturan tatacara pemakaian.
Tambahnya lagi, disebabkan berlakunya perkara sebegini, peraturan itu mungkin akan dikaji semula dengan membenarkan peserta yang berhijab boleh turut serta menyertai pertandingan kelak.
“Tak menang pun tak apa”
Menurut jurulatihnya, Noor tidak memenangi pertandingan ini, namun melalui catatan masa rekod peribadinya melalui pertandingan itu adalah sebanyak 22 minit 22 saat. Catatan masa itu melayakkan dia untuk pergi ke peringkat seterusnya.
Tambahnya lagi, beliau sebenarnya mendapat notis yang mengatakan peserta berhijab perlu menghantar surat kebenaran kepada penganjur tapi cuma 5 minit sebelum pertandingan bermula. Hmm, 5 minit mana sempat nak buat apa.
Malangnya dia tidak sempat untuk menyediakan surat kebenaran tersebut dan membiarkan Noor untuk terus bertanding, tanpa memberitahu kepada gadis itu jika dia meneruskan pertandingan penyertaannya akan digugurkan.
Katanya, jika dia memberitahu Noor sebelum acara bermula, kemungkinan gadis muda itu tidak mempunyai semangat untuk meneruskan larian.
“Jurulatih saya tidak salah, dia membuat keputusan yang betul”
Gadis ini tidak menyalahkan jurulatihnya kerana tidak memberitahu akan perkara sebenar dengan lebih awal disebabkan dia faham konsenstrasi pelari boleh terganggu jika mengetahui perkara sebegitu.
Namun akhirnya, gadis ini mendapat berita baik di mana dia disahkan layak untuk ke peringkat seterusnya kerana catatan masa yang direkodkan melepasi syarat kelayakkan.
Hmm dia bukannya kena disqualified suka-suka. Korang pun kena baca lah dulu apa puncanya. Apa pun, tahniah ye Noor sebab berkaya ke peringkat seterusnya.