Selain membawa kenderaan ke tempat kerja, ramai juga yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam. Ianya dilihat sebagai satu alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan beberapa buah kereta dipecahkan tingkapnya oleh individu yang tidak diketahui di stesen LRT Awan Besar.
Artikel berkaitan: “Tiba-tiba tren panas” – Penumpang LRT Kongsi Detik Cemas Gerabak Lalu Sebelah Api Marak
Artikel berkaitan: Jiran Tak Puas Hati Parking Diambil, ‘Block’ Kereta Sampai Jalan Jadi Satu ‘Lane’
@cdpham 4/7/2024 Awan Besar LRT station Hati2 yg bawah kereta parking yang free…bukan ada jagaan guard..
♬ Tragedy (horror, force, orchestra, movie)(1293642) – TrickSTAR MUSIC
Menurut laporan Kosmo!, difahamkan kereta-kereta berkenaan dikatakan diparkir secara haram di tepi jalan dan bukan di kawasan parkir yang disediakan oleh pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang lengkap dengan kawalan keselamatan.
Perkongsian oleh pengguna TikTok @cdpham itu menarik perhatian ramai, meskipun ramai yang memberi kecaman terhadap pelaku namun ada juga yang menyalahkan pemilik kereta yang memarkir kenderaan mereka di tempat tidak sepatutnya.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mendapat lebih 100K tontonan serta lebih 200 komen.
Selain itu, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa serta pihak Prasarana berkenaan video yang tular itu.
Kenapa nak aniaya orang sampai macam tu sekali?