in

“Kesian anak kena ejek” – Aaron Aziz Minta Orang Ramai Henti Kecam Kak Long Viral

page aaron aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak minggu lalu memang tak lepas dari mulut netizen yang bercakap mengenai Kak Long 7Eleven yang viral disebabkan tindakannya meninggikan suara kepada pekerja premis tersebut kerana menuduh anaknya mencuri.

Isu tersebut telah pun selesai selepas Kak Long membuat permohonan maaf terhadap pihak 7Eleven. Tak berhenti di situ, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura sekali lagi dikecam orang ramai selepas video dirinya membuat review di sebuah restoran turut viral.


Bukan saja menjadi perhatian orang awam malah pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz juga telah memuatnaik satu gambar di akaun Instagramnya @aarondwiaziz yang berkait dengan isu yang sememangnya tengah ‘hot’ sekarang ni.

https://www.instagram.com/p/Ca1KfLVvRaZ/

Menerusi posting itu, dia meminta jasa baik orang ramai agar tidak lagi menyebarkan video-video berkaitan dan berhenti mengecam Kak Long. Ini kerana, impak dari kesilapannya itu sehingga menyebabkan anak kepada Kak Long itu diejek di sekolah.

“Maafkan lah. Itu lagi mulia dari nak condemn condemn lagi…..” – Kapsyen IG Aaron Aziz

“Nak menegur ada caranya..”

Perkongsian yang dibuat oleh pelakon siri Suamiku Lelaki Pendosa itu nyata mendapat sokongan orang ramai malah turut ada yang beranggapan bahawa insiden yang berlaku haruslah dijadikan sebagai pengajaran.

ig full

Haa kan Abang Long dah bersuara? Harapnya lepas ni janganlah korang melampau sangat bila mengecam ya! Dia pun menyesal sebab buat macam tu…

Baca: “Naya kedai orang” – Netizen Tersalah Serang Google Review Kedai Lain Gara-gara Nak Boikot Kak Long

collage 28

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.