Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira dikecam teruk susulan dengan satu video tular yang memperlihatkan Inspektor Sheila berada di pejabat stesen radio itu.
Kecaman itu susulan dengan perkongsian video yang dimuat naik olehnya yang telah menyebabkan stesen itu menerima tohmahan. Oleh itu, Sharifah Shahirah tampil bersuara menceritakan hal sebenar.
Hanya melawat, tidak ada sesi interview
Menerusi perkongisiannya di Instagram, Sharifah Shahira atau lebih mesra dengan panggilan Shiera menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh segelintir warganet, bagi mereka, pihak Suria FM sengaja mahu menaikkan rating pendengar.
“Sedap je kata radio nak naikkan rating, tidak tau! Interview pun tidak! Saya minta maaf bagi pihak Suria FM, dia (Sheila) hanya melawat sebagai orang yang nak tengok macam mana DJ radio kerja.”
Dalam pada itu, Shiera juga mengaku kesilapannya menunjukkan video berkenaan, walau bagaimanapun dia sama sekali menolak dakwaan yang mengatakan perkara itu dibuat dengan tujuan untuk memviralkan Inspektor Sheila.
Bagaimanapun video tersebut telahpun dipadamkan.
View this post on Instagram
Sementara itu, Shiera turut menasihatkan orang ramai yang terlalu mengecam seseorang kerana individu itu mungkin boleh berubah.
“Korang yang viralkan Inspektor Sheila, bukan kitaorang, jadi saya nak minta maaf bagi pihak dan korang juga memfitnah, saya akan screenshot satu per satu sebelum saya delete, saya pun akan ambil tindakan juga.”
Bengang membaca kecaman yang dilempar netizen, dalam pada itu, Shiera sempat berseloroh mengenai dirinya yang mempunyai kemungkinan akan digantung atau diberhentikan kerja disebabkan isu pegawai polis kontroversi berkenaan.
Malah, Shiera juga meminta orang ramai agar tidak melibatkan nama Suria FM dalam hal ini, kerana individu yang bertanggungjawab adalah dirinya.
Baca : “Dia takkan jumpa orang sehebat saya” – DSV Dakwa Iqbal Nak Tumpang Populariti Inspektor Sheila?