in

Kes Zayn Rayyan: Polis Kesan 2 Saksi Kanak-kanak Sempat Nampak Mangsa Sebelum Hilang

Zayn Rayyan Kanak Kanak Saksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya sudah seminggu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin dan pasti ramai ternanti-nanti perkembangan baharu mengenai kanak-kanak syurga ini.

Menerusi perkembangan terkini, polis Selangor memberitahu telah berjaya mengesan dua orang saksi kanak-kanak yang memaklumkan melihat Zayn di Blok R Apartment Idaman buat kali terakhir sebelum dilaporkan hilang pada hari yang sama 5 Disember lalu.


Menurut sumber, pihak polis menyatakan penemuan terbaharu itu diperolehi hasil saringan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) beramai-ramai yang dijalankan oleh polis bagi mengesan suspek yang membunuh mangsa malang itu.

Artikel berkaitan: Selepas ‘Mass DNA Screening’, 3 Penagih Dadah Ditahan Di Apartmen Idaman Rupanya Sebab…

Artikel berkaitan: “Hari-hari masuk TV” – Owner Rumah Tergamak Ambil Kesempatan Guna Kes Adik Zayn Naikkan Harga Jual Unit

Screenshot 2023 12 14 164419

“Hasil mass screening, polis berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman pada petang Zayn Rayyan didapati hilang,” kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Saksi lihat mangsa masih hidup 5 jam selepas dilapor hilang 

Difahamkan, polis juga telah selesai melakukan ‘lakonan semula’ berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak terbabit yang juga rakan mangsa, masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.

Saksi mendakwa Zayn dilihat masih hidup selepas kira-kira lima jam dilaporkan hilang iaitu antara jam 5 dan 5.30 petang dan ketika itu mangsa dikatakan seorang diri di koridor.

Sementara itu, pihak polis sudah memperoleh 238 sampel DNA dengan tambahan 10 sampel penduduk di situ bagi membantu siasatan.

Ujar beliau lagi, masih lagi terdapat proses keterangan yang perlu dirakam oleh pihak polis daripada saksi-saksi lain bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan itu.

Untuk info, Zayn Rayyan yang dilapor hilang pada 5 Disember lalu ditemui meninggal dunia pada 6 Disember dengan mayatnya ditemui di kawasan saliran air berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.