in

Kes UPSI: JPJ Nak Heret Pengendali Syarikat Bas Ke Mahkamah

ft jpj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal membuka kertas siasatan untuk mendakwa pengendali syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke mahkamah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tindakan tersebut boleh diambil atas kegagalan syarikat berkenaan kerana gagal mengikuti peraturan dan undang-undang ditetapkan.


Artikel berkaitan : JPN Arah Siasat Guru Muat Naik Hantaran Jelik Kematian 15 Pelajar UPSI

Artikel berkaitan : Buat Pinjaman Beli iPhone Guna MyKad Orang Lain, Suspek Ditahan JPN

“Memang sebelum ini pernah ada kes yang kita bawa ke mahkamah membabitkan pengendali walaupun dia bukan pemandu, tetapi sebagai pemilik syarikat pengendali mereka juga ada tanggungjawab.”

“Dalam kes ini, memang saya rasa JPJ patut buka kertas siasatan dan selepas itu dirujuk kepada Peguam Negara.”

Selain itu, syarikat pengendali bas terbabit juga didapati gagal untuk mematuhi komponan mandatori Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA).

Screenshot 2025 06 12 173905

Jelas beliau lagi, antara kesemua 7 komponen mandatori audit JISA, ia perlu ada keselamatan dalam syarikat dan sistem penentu kedudukan global (GPS) bagi memantau kelajuan kenderaan.

“GPS tidak diaktifkan. Ketiga, had maksimum lapan jam pemanduan mesti dipatuhi oleh pemandu, dia (pemandu) tiada pemantauan daripada syarikat, keempat, keperluan waktu rehat 30 minit setiap empat jam pemanduan, GPS dipasang dalam semua kenderaan, keenam pula pelan tindakan kecemasan dan ketujuh, hotline syarikat disediakan. Kesemua komponen ini gagal dipatuhi.”

Sebelum ini, pemangku Ketua Polis Daerah Gerik Deputi Superintendan Muhammad Firdaus Abdullah berkata, pemilik syarikat tersebut ada hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada 10.30 malam tadi untuk diambil keterangan.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.