Tiga warga Bangladesh yang tular di media sosial kerana menceroboh sebuah unit pangsapuri di Puchong telah ditahan polis.
Warga Bangladesh itu ditahan selepas pemilik rumah yang tinggal di Terengganu membuat aduan susulan kenalannya memaklumkan rumahnya telah diceroboh warga asing.
Tiga suspek yang ditahan berusia antara 23 hingga 30 tahun. Mereka ditahan pada jam 9 malam dan mengakui telah menceroboh rumah tersebut sejak dua bulan dengan merosakkan kunci pintu dan menggantikannya dengan yang baharu.
Artikel berkaitan: Hantar Beratus Mesej & Ceroboh Rumah, Ibu Dipenjara 6 Bulan Sebab ‘Stalking’ Anak Perempuan
Artikel berkaitan: “Pecah masuk ikut bumbung” – Tiga Pelajar Sekolah Samun Warga Asing, Siap Rakam Lagi!
“Tiga warga Bangladesh yang ditahan itu akan dibawa ke mahkamah pagi ini bagi mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” kata Ketua Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.
Difahamkan, kesalahan menceroboh rumah memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, penggguna Facebook bernama Srilabu Kedah mendedahkan rumah milik kenalannya yang dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu diceroboh oleh sekumpulan warga asing.
Mereka bukan sahaja menceroboh, malah membuat sambungan air dan elektrik secara haram. Mereka mengaku sudah lama menetap di rumah berkenaa tanpa membayar sewa dengan tidak diganggu sesiapa.
Bukan itu saja, warga asing terbabit turut meminta bukti bahawa mereka sedang bercakap dengan pemilik pangsapuri yang sebenar.
Sumber: Harian Metro