in

Kes Polis Gil*s Pelajar: Pemandu Ativa Angkat Zaharif Dalam Keadaan Marah

Ft Pemandu Ative

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Individu yang menyaksikan kejadian remaja digilis Perodua Ativa memberitahu Mahkamah Tinggi Ipoh yang pemandu tersebut telah mengangkat Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, dalam keadaan marah selepas melanggar pelajar itu, pada Disember tahun lalu.

Saksi pendakwaan ke-11 yang merupakan seorang remaja lelaki berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia berada di bahu jalan sekitar lima meter dari lokasi pelanggaran tersebut.


Artikel berkaitan : Kes Adik Zaharif: Peguam Perjelas Kenapa Suspek ‘Susah Nak Lepas’ Walaupun Pegawai Polis

Artikel berkaitan : Kes Pegawai Polis Didakwa Bunuh Pelajar Sekolah Dipindah ke Mahkamah Tinggi

Jelas saksi lagi, selepas kejadian perlanggaran itu berlaku, pemandu lelaki turun dari Perodua Ativa dan mengangkat Zaharif ke tepi bahu jalan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati.

“Saya melihat pemandu kereta itu seperti dalam keadaan marah melalui tindak-tanduknya dan pergerakan tangannya selepas perlanggaran berlaku. Namun, saya tidak dapat mendengar apa-apa yang dikatakan oleh pemandu terbabit.”

Katanya, ketika membaca pernyataan bertulis di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet lagi, sepanjang kejadian, dia kekal berada di bahu jalan berdekatan simpang tiga SMK Jati dan hanya bergerak ke bahu jalan tempat Zaharif diangkat selepas pemandu beredar dari tempat kejadian.

Terdahulu, saksi itu ada memberitahu bahawa sebelum perlanggaran itu berlaku, dia ada melihat Zaharif memperlahankan motosikal seperti mahu membelok ke kanan di persimpangan Jalan Taman Jati 1 – Jalan Pekeliling Meru Indah, berdekatan tempat saksi berada di bahu jalan. Katanya, dia tidak perasan jika Zaharif ada memberikan lampu isyarat atau tidak.

Zaharif

“Saya nampak kedudukan motosikal Zaharif berada dekat dengan garis putih pembahagi jalan, tetapi masih belum masuk ke arah jalan bertentangan manakala pemegang motosikal Zaharif sudah bergerak ke arah kanan.”

“Saya melihat kereta Ativa itu melanggar bahagian lampu belakang motosikal Zaharif dengan bumper bahagian tengah kereta.”

“Zaharif jatuh dan motosikal terbabit terseret ke arah hadapan kereta Ativa. Ativa itu kemudiannya menggilis badan Zaharif.”

Menurut laporan Harian Metro, tidak dapat membuat mengecam wajah pemandu Ativa dan hanya mengesahkan pemandu adalah lelaki semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwaan Raya, Afzainizam Abdul Aziz.

Selain itu, saksi kanak-kanak itu turut memaklumkan bahawa ketika kejadian, dia tidak tahu lelaki terbabit adalah pegawai polis dan hanya tahu perkara itu sehari selepas kejadian apabila diberitahu seorang rakannya.

Afzainizam turut meminta saksi menjelaskan keadaan Zaharif sebelum perlanggaran terbabit berlaku.

2463818

Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, didakwa membunuh Muhammad Zaharif di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati antara jam 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari, 15 Disember 2023.

Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.

Selain Afzainizam, pasukan pendakwaan dibarisi Nasrul Hadi Abdul Ghani, V Suloshani dan Low Qin Hui manakala tertuduh diwakili peguam M Athimulan, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.

Sumber : Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.