in

Kes Pelajar Kolej Vokasional Maut Dibelasah: 107 Kesan Kecederaan Pada Tubuh Mangsa, Dianiaya 13 Rakan

107 Kesan Kecederaan Pada Tubuh Pelajar Vokasional Lahad Datu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu ini, sedang berlangsung perbicaraan mengenai kes seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah yang maut dipercayai akibat dibelasah oleh rakan-rakan asramanya.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada 22 Mac lalu berpunca daripada tuduhan kononnya Allahyarham Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, mencuri wang bernilai RM85 daripada dua orang pelajar lain.


Seramai 13 pelajar kolej itu berusia antara 16 hingga 19 tahun didakwa secara bersama membunuh Mohamad Nazmie di bilik asrama pada 9 malam, 21 Mac hingga 7.39 pagi, 22 Mac.

Mohammad Nazmie ditemukan dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri di atas tilam dan sudah meninggal dunia sebelum pasukan perubatan tiba.

Artikel berkaitan: Dituduh Mencuri RM85 Jadi Punca Pelajar Kolej Vokasional Maut Dibelasah

Artikel berkaitan: Maut Dibelasah Dalam Asrama, 13 Pelajar Didakwa Bunuh Pelajar Kolej Vokasional

Img 5139 577X1024 1

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

107 kecederaan ditemui pada tubuh mangsa

Dalam perbicaraan semalam, Mahkamah Tinggi Tawau diberitahu punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan dada dan tisu lembut akibat trauma tumpul.

Menurut saksi pendakwaan iaitu Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tawau, Dr Dzureena Abdul Mutalib, sebanyak 107 kesan kecederaan dikesan pada hampir keseluruhan jasad.

Dr Dzureena memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat kecederaan yang menunjukkan tindakan mangsa untuk mempertahankan diri.

Ulasnya, trauma tumpul itu merujuk kepada kecederaan akibat terjatuh di atas permukaan yang keras, perbuatan menendang dan menumbuk serta impak pukulan benda tumpul atau gabungan kesemuanya.

Vokasional

Hakim terima laporan saksi diugut waris tertuduh

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol memberi amaran kepada keluarga 13 pelajar tertuduh, supaya tidak mengganggu atau mengugut saksi dalam perbicaraan kes berkenaan.

Duncan berkata, beliau ada menerima laporan berkenaan saksi dalam perbicaraan kes berkenaan telah diugut dan menegaskan perbuatan itu suatu kesalahan serius.

Justeru, katanya jika perkara sebegitu berlaku lagi, beliau akan mengeluarkan arahan supaya ahli keluarga tertuduh tidak dibenarkan hadir ke perbicaraan pada masa akan datang.

Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.