in

Kes Lucie Blackman: Ini Cerita Sebenar Disebalik Doku Terbaru Netflix ‘Missing’…

collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Netflix telah keluarkan sebuah filem dokumentari bertajuk, “Missing: The Lucie Blackman Case” di mana kes tragik dan mengejutkan ini telah dikaji semula melalui temubual bersama detektif Jepun yang mengendalikan kes tersebut dahulu.

Siapa Lucie Blackman ni dan apa yang berlaku padanya? Dekat bawah ni korang boleh baca semua yang korang perlu tahu tentang kisah sebenar disebalik dokumentari Netflix yang sedang popular ini.


Siapa Lucie Blackman?

lucieblackman.jpg

Lucie Jane Blackman dilahirkan pada 1 September 1978 di Sevenoaks, Kent, England dan merupakan anak sulung dari tiga adik beradik.

Lucie kemudiannya bekerja sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan British Airways sebelum dia dan rakan baiknya sejak kecil, Louise Phillips membuat keputusan untuk berpindah ke Jepun bersama pada tahun 2000 dan mengambil visa pelancongan selama 90 hari.

Walaupun syarat visa pelancongan melarang pelancong untuk bekerja, Lucie yang baru sahaja berusia 21 tahun ini perlu mula membayar hutang perbelanjaannya sehingga dia mula bekerja sebagai pelayan di Casablanca, sebuah kelab yang terletak di Roppongi, Tokyo.

Untuk pengetahuan korang, kelab-kelab di Jepun memerlukan pelayan mereka untuk pergi date berbayar dengan pelanggan setiap bulan.

Pada 1 Julai 2000, Lucie dijadualkan untuk keluar dengan seorang pelanggan lelaki dan semasa perjumpaan tersebut, wanita ini telah membuat beberapa panggilan telefon. Kebanyakannya untuk menelefon Louise dan memberitahu bahawa lelaki yang keluar dengannya itu seorang yang baik dan telah membelikan dia satu telefon bimbit dan sebotol champagne.

Dalam salah satu panggilan kepada rakannya, Lucie mengatakan yang dia akan pulang ke rumah dalam setengah jam dan panggilan terakhir dibuat kepada teman lelakinya, Scott Fraser seorang tentera laut Amerika yang sedang berlayar dan dijadualkan untuk berhenti di Yokosuka, Jepun.

Lucie juga sempat meninggalkan pesanan berjanji untuk menemui teman lelakinya itu pada keesokan harinya. Namun malangnya, itu merupakan kali terakhir khabar Lucie Blackman didengari.

Kehilangan Lucie Blackman

Lucie 4876573

Apabila Lucie tak pulang ke rumah, Louise terus merasakan ada sesuatu yang tak kena kerana rakannya ini tak pernah pulang lambat tanpa beritahu.

Keesokan harinya, Louise telah mendapat satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai “Akira Takagi”. Lelaki ini mendakwa Lucie telah menyertai satu kultus dan sedang menjalani latihan.

Dia dekat dalam dorm tengah belajar dan berlatih cara hidup baru. Dia ada banyak nak belajar minggu ni dan tak boleh diganggu.”

Louise kemudiannya telah menghubungi keluarga Lucie dan memberitahu apa yang berlaku sebelum keluarga ini terbang ke Tokyo untuk mencarinya.

Kemudiannya, orang-orang yang menyiasat kes ini termasuk penyiasat dan wartawan telah diganggu dengan gangguan psikologi seperti Richard Lloyd seorang wartawan mendapat sampul surat mengandungi gambar dirinya sedang diikuti oleh seseorang.

Polis Jepun malas nak layan?

Screenshot 2023 07 31 at 4.16.17 PM

Pada awalnya, polis Jepun seperti tidak menunjukkan minat untuk menyiasat kes ini dengan bersungguh-sungguh lebih-lebih lagi selepas mengetahui tentang pekerjaan Lucie. Menurut mereka, wanita seperti ini sering larikan diri ke Bali atau Thailand bersama teman lelaki.

Namun begitu, hasil usaha Louise, keluarga Lucie, media British dan Perdana Menteri pada ketika itu, Tony Blair membuatkan kes kehilangan ini mendapat perhatian yang besar sehingga pihak berkuasa Jepun terpaksa membuat siasatan mengenai kehilangan wanita ini.

Walaupun membuat siasatan, pihak polis yakin bahawa Lucie hanyalah kes seorang wanita yang meninggalkan Tokyo dengan kerelaannya sendiri.

Andaian pihak polis di sana berubah serta merta selepas penahanan seorang lelaki atas jenayah berasingan telah mendedahkan perkara yang sangat mengejutkan serta nasib sebenar yang berlaku ke atas Lucie.

Joji Obara

Japan Slain Briton TOK801jpg JS4690459.jpg

Kim Sung Jong dilahirkan pada 10 Ogos 1952 oleh keluarga yang kaya. Bapanya seorang ahli perniagaan telah meninggal dunia ketika lelaki ini berusia 17 tahun dan meninggalkan banyak hartanah di Osaka dan Tokyo.

Kim Sung Jong yang telah menukar namanya secara rasmi kepada Joji Obara telah mendapat banyak keuntungan melalui pelaburan hartanah yang berjaya. Namun begitu, kemelesetan ekonomi yang berlaku pada 1990-an telah menyebabkan dia berada dalam masalah kewangan yang sempit.

Bagi menampung kejatuhannya ini, Joji dipercayai telah menggunakan perniagaannya ini sebagai tempat untuk “mencuci duit” bagi sindiket Yakuza, Sumiyoshi-kai.

Tak cukup dengan itu, Joji juga dikenali sebagai seorang penagih dadah dengan sejarah pertuduhan menyerang ramai wanita secara seksual. Malangnya tuduhan ini telah dipandang sebelah mata oleh polis Tokyo selama bertahun-tahun.

Apabila Joji ditahan atas tuduhan gangguan seksual pada 12 Oktober 2000, pihak berkuasa telah mendapat kebenaran untuk menggeledah rumah dan barangannya sebelum menemui sesuatu yang mengejutkan. Mereka telah menemui ratusan video menunjukkan Joji telah memberikan dadah kepada wanita dan merogol mereka dalam keadaan tak sedarkan diri.

Tak cukup dengan itu, lelaki ini turut menyimpan diari menunjukkan kebenciannya terhadap wanita serta menganggap golongan wanita “hanya bagus untuk seks”.

Namun, satu video telah mendapat perhatian yang lebih dari penyiasat kerana ia menunjukkan Joji bersama seorang wanita tak sedarkan diri yang telah ditemui mati sebelum ini, Carlita Ridgway. Namanya turut ditemui di dalam diari:

Carlita Ridgway, terlalu banyak kloroform.”

Beberapa saksi telah melihat Joji membawa wanita ini ke hospital sebelum dia disahkan meninggal dunia. Sebelum ini, kematiannya disimpulkan sebagai hepatitis E akibat dari keracunan makanan, tapi selepas pemeriksaan teliti dijalankan, terdapat kandungan kloroform di dalam badan Carlita sekaligus mengesahkan kandungan diari Joji.

Pada 9 Februari 2001, pihak polis sekali lagi menemui sesuatu yang mengejutkan, mayat Lucie Blackman ditemui ditanam di bawah bathtub di tepi gua di Miura, Kanagawa. Mayatnya ini telah dikerat dan tempat tersebut juga terletak kurang 1 kilometer dari rumah Joji.

Punca kematian Lucie tak dapat dikenalpasti ekoran mayat yang telah reput namun begitu dia dipercayai telah dipotong dengan gergaji besi.

Walaupun tiada bukti yang mengaitkan secara langsung kematian Lucie dengan Joji, pihak berkuasa dan keluarga Lucie percaya bahawa dia adalah pembunuhnya.

Pihak pendakwa raya turut cuba membuat kes yang kukuh melibatkan Joji dengan pembunuhan Lucie dengan mempersembahkan beberapa fakta seperti:

  • Pada 2 Julai 2000, sehari selepas Lucie menghilangkan diri, Joji telah membuat panggilan kepada hospital tempatan tentang cara untuk selamatkan mangsa overdose dadah.
  • Beberapa hari kemudian, jiran Joji mendengar bunyi pelik dari rumahnya.
  • Carian di internet komputer mendedahkan persoalan-persoalan pelik seperti “bagaimana cara untuk melupuskan mayat”.
  • Pihak polis Jepun menemui resit menunjukkan Joji telah membeli gergaji, bancuhan simen dan peralatan lain beberapa hari selepas Lucie menghilangkan diri.
  • Rambut perang yang kemudiannya disahkan milik Lucie ditemui di rumah Joji.
  • Joji merupakan pelanggan tetap kelab tempat Lucie bekerja.

Pada April 2007, Joji Obara ditemui bersalah oleh Mahkamah Tinggi Tokyo atas pembunuhan Carlita Ridgway dan merogol lapan wanita, dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Pun begitu, Joji telah dilepaskan dari tuduhan membunuh Lucie Blackman kerana kekurangan bukti secara langsung mengaitkan lelaki ini. Keputusan ini jelas mengejutkan ramai orang kerana sebelum ini 99% keputusan mahkamah diakhiri dengan hukuman.

Keluarga Lucie telah membuat rayuan dan perbicaraan baru telah dijalankan pada tahun 2008 selepas penemuan bukti forensik penting yang tidak didengari ketika perbicaraan sebelum ini.

Pada Disember 2018, Joji didapati bersalah atas tuduhan menculik, membunuh dan mengerat mayat Lucie Blackman.

Dua tahun kemudian, Mahkamah Agung menolak rayuan Joji dan menetapkan hukuman penjara seumur hidup. Walaupun lelaki ini tak mengaku bersalah, dia dipercayai telah merogol seramai 400 wanita.

Sumber: The Crime Wire

 

Baca: Jom Layan 5 Filem Seram Ni Dekat Netflix, Confirm Hujung Minggu Korang Tak Bosan!

Screenshot 2023 07 31 at 4.23.43 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.