Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan angka jangkitan harian Covid-19 boleh mencecah hingga 8,000 kes sehari menjelang minggu ketiga Mac ini seandainya nilai kebolehjangkitan semasa atau RO berada pada kadar 1.2.
Jangkaan unjuran kes dari 4 Januari sehingga 31 Mei itu berdasarkan nilai kebolehjangkitan semasa atau RO di negara ini sekiranya ia berada pada kadar 1.1 atau 1.2.
Berdasarkan graf Kementerian Kesihatan (KKM), jika RO berada pada kadar 1.2, kes harian COVID-19 akan mencecah 3,000 kes pada minggu keempat Januari ini.”
Jika RO pada kadar 1.1, peningkatan kes akan sedikit perlahan, iaitu dijangkakan 3,000 kes setiap hari dijangka bermula pada minggu kedua Februari,
Jelas beliau lagi, KKM turut menjangkakan jangkitan baharu COVID-19 akan melonjak dengan cepat iaitu kepada 5,000 kes harian pada minggu ketiga Februari ini sekiranya RO berada pada kadar 1.2.
Malah, gelombang kes COVID-19 di negara ini akan bertambah buruk pada Mac nanti dan sukar dikawal jika RO di tahap 1.2.
Bagaimanapun, jika RO dicatatkan pada kadar 1.1, risiko kes COVID-19 mencecah 8,000 kes dapat diperlahankan sehingga Mei depan, lapor Berita Harian
Baca : “Kita akan pantau dalam tempoh dua minggu ini” – TS Dr Noor Hisham Bimbang Kes Boleh Cecah 5 angka