in

Kes Bunuh Di Bangsar: Lelaki Warga Tempatan Ditangkap Di Batu Caves

cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan pergaduhan besar di sebuah lorong di Jalan Telawi, Bangsar sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki.

Menurut laporan terkini, polis telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di Bangsar.


Suspek ditahan pada pukul 3.30 petang di Selayang Baru, Batu Caves. Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek untuk tujuan siasatan.

1 8

Selepas soal siasat terhadap suspek dilakukan, pihak polis berjaya mendapatkan maklumat mengenai rumah suspek-suspek lain yang masih bebas.

Bagaimanapun, pihak polis mendapati suspek-suspek tiada di rumah mereka, dipercayai telah melarikan diri. Ekoran itu, pihak polis kini sedang giat mengesan suspek-suspek yang masih bebas.

Untuk rekod, lelaki yang maut tersebut ialah Sanjeet Kumar Morthi, 28, beralamat di Batu Caves, Gombak. Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sumber: Malaysiakini

BACA: Kes Bunuh Jalan Bangsar: Mayat Ditemui Ada Kesan Tetak, Dijumpai Terbaring Tak Sedar Diri Atas Jalan

Capture 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.