in

Kes B*nuh Yap Xin Yuan, Polis Siasat Motif Dakwaan Selisih Faham & ‘Overd*se’ D*dah

motif pembunuhan yap xin yuan overdose

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis telah mengesahkan bahawa satu mayat reput yang ditemui pada 28 Disember lalu di Sungai Changgang, Banting sebagai Yap Xin Yuan, remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang beberapa minggu lalu.

Tiga suspek iaitu teman lelakinya yang berusia 16 tahun, abangnya berusia 20 tahun serta bapanya, 51, telah ditahan reman sehingga 5 Januari ini untuk membantu siasatan.


Artikel berkaitan: Remaja 15 Tahun Dilapor Hilang, Didakwa Ada Kaitan Dengan Penemuan M*yat Reput Di Banting

Polis siasat motif kemungkinan perselisihan faham & overdose dadah

Dalam perkembangan terkini, polis sedang menyiasat dakwaan elemen perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan bagi mengenal pasti motif pembunuhan remaja terbabit.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih menunggu laporan dan keputusan toksikologi sebelum motif dapat diperkukuhkan dalam kes tersebut.

Screenshot 2025 01 03 151250

Katanya, berdasarkan ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek termasuk teman lelaki mangsa adalah negatif dadah.

“Polis masih tunggu keputusan toksikologi sama ada si mati (mangsa) ada menggunakan sebarang bahan dadah.

“Selagi tidak dapat keputusan itu (toksikologi dan bedah siasat), tidak boleh kata mengambil dadah atau overdose,” katanya.

3099232

Tambahnya lagi, keadaan mayat remaja yang reput ketika dijumpai menyukarkan pihak pakar patologi untuk memastikan sebarang kecederaan fizikal yang lain.

Namun, dipercayai teman lelaki mangsa terlibat dalam membuang mayat kekasihnya, cuma sama ada dibantu orang lain atau tidak, ia masih dalam siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.