in

Kes Adik Zaharif: Peguam Perjelas Kenapa Suspek ‘Susah Nak Lepas’ Walaupun Pegawai Polis

Ft Peguam Jelaskan Suspek Tak Boleh Lepas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai kejadian tragis yang menimpa pelajar tingkatan 5, adik Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Ia menjadi tumpuan kerana kerana pelaku yang menyebabkan kematiannya itu adalah seorang pegawai kanan polis.

Berikutan dengan kejadian itu, timbul dakwaan yang mengatakan bahawa pelaku pasti ‘terlepas’ kerana dia seorang anggota polis.


Oleh sebab itu, peguam Nor Zabetha yang terbaca komen-komen sebegitu tampil menghuraikan beberapa perincian bahawa tiada sesiapa yang boleh melangkaui undang-undang termasuk polis.

Artikel Berkaitan : Kepala & Muka Ditutup, Pegawai Polis Langgar Pelajar Dikawal Ketat PDRM

Artikel Berkaitan :  Bukan Kes Pertama, Pegawai Polis Langgar Pelajar Didakwa Pernah Pukul Wanita Hamil Di Kedai Pakaian?

 

“Polis atau tidak, dia tidak boleh melangkaui undang-undang”

Jelasnya, ahli keluarga mangsa boleh menuntut ganti rugi dan melakukan saman sivil. Bahkan sekiranya perbuatan itu dilakukan sewaktu menjalankan tugas, PDRM dan kerajaan Malaysia juga boleh disaman.

Namun begitu, berkenaan dengan kes adik Zaharif ini, semasa kejadian, pelaku yang memandu kereta jenis Ativa itu menggunakan kenderaan persendirian dan bukan kenderaan polis. Jadi, ianya dilakukan di luar tugasan polis dan tindakan itu bukan dalam tugasan kerja.

Oleh itu, dia tetap tidak boleh melangkaui undang-undang dan tindakan boleh dikenakan seandainya suspek bersalah. Apa yang ingin dirumuskannya adalah, sedangkan ketika dalam bertugas pun boleh diambil tindakan, inikan pula tindakan seorang anggota polis ketika di luar kerja sebagai orang biasa kerana mengikut perasaan marah.

Di samping itu, Nor Zabetha ada memberikan contoh kes yang berlaku melibatkan seorang pemuda pada tahun 2016. Korang boleh baca di bawah:

Secara kesimpulannya, Nor Zabetha menasihati agar orang ramai sentiasa beri kerjasama jika hadapi situasi berhadapan dengan pihak polis dan tak perlu lari sehingga boleh mengancam nyawa.

Bahkan sebelum ini, pihak polis sendiri telah memberikan kenyataan media bahawa kes adik Zaharif ini akan siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihaknya tidak akan melindungi anggota sendiri.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.