Minggu lepas, tular satu kes melibatkan seorang remaja yang telah mencekik adiknya sendiri hingga maut di Bukit Piatu, Melaka.
Menurut bapa suspek, dia mendakwa anaknya bertindak sedemikian kerana pernah dibuli di sekolah. Suspek juga didakwa telah menjadi mangsa buli pelajar senior asrama sejak tahun lalu lagi.
Polis buka siasatan kes buli terhadap 2 remaja
Menurut Harian Metro, polis telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan suspek berusia 14 tahun yang dibuli pelajar seniornya di sebuah sekolah dekat Alor Gajah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kedua-dua pelajar lelaki berusia 16 tahun yang didakwa terbabit dalam insiden itu dipanggil untuk diambil keterangan.
Keterangan sudah diambil dan polis sedang lengkapkan kertas siasatan sebelum merujuknya kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN),” katanya.
Terdahulu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memaklumkan bahawa mereka telah menyerahkan sepenuhnya siasatan insiden remaja mencekik adik itu kepada pihak berkuasa termasuk melihat jika ada kemungkinan wujud unsur buli di sebalik kejadian itu.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kes itu masih lagi dalam siasatan dan pihaknya tak dapat menentukan sama ada kesan buli itu punca sebenar insiden berkenaan.
Jika betul ada isu buli, kami tidak akan kompromi. Namun, ia mesti melalui proses dan aduan perlu dibuat kepada KPM menerusi portal aduan buli.
“KPM tidak akan tolak ansur berkenaan sebarang isu buli, malah saya minta semua ambil perhatian bagi memastikan setiap aduan buli diambil serius,” kata Fadhlina.
Suspek yang didakwa telah dibuli sejak tingkatan satu oleh pelajar senior di asrama sebuah sekolah agama itu kerap mengadu hampir setiap hari dipukul, disepak dan dicekik oleh pelajar lain.
Remaja itu kini direman tujuh hari sehingga 12 Julai ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dijalankan.
Baca: Kes Adik Maut Dicekik Abang, Bapa Dedah Anak Mangsa Buli Di Sekolah