in

Kes Abang Bas, Menteri KPWKM Dah Bersedia Jika Ada Pihak Nak Saman

abang bas menteri bersedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan segala tindakan serta maklum balas kementeriannya membabitkan isu yang hangat ketika ini iaitu kes Abang Bas dan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah mengikut lunas undang-undang.

Beliau berkata, pihaknya bersedia sekiranya ada pihak yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).


“Kepada yang nak mengambil tindakan terhadap kami itu terpulang, sekurang-kurang rakyat tahu kita sudah mengambil tindakan untuk menjalankan tugas kita menjaga kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

“Ramai yang bertanya kenapa sibuk dengan isu Abang Bas tetapi tutup telinga soal isu GISBH…dalam hal ini GISBH adalah di bawah kuasa polis kerana kami bukan agensi utama yang menangkap dan menyiasat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi beberapa pihak yang mempersoal kenyataan serta tindakannya yang dianggap berat sebelah mengenai isu Abang Bas dan GISBH.

download

Artikel berkaitan: “Tak patut dinormalisasikan” – Nancy Shukri Arah Pemandu Bas Rakam Murid Perempuan Disiasat

Artikel berkaitan: “Dia budak baik” – Peguam Dakwa Abang Bas Tak Tahu Maksud ‘Crush’

Keluarga Abang Bas nak ambil tindakan – peguam

Terdahulu, peguam secara probono Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menyatakan bahawa keluarga Abang Bas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.

abang bas

Katanya, tindakan itu diambil selepas ahli keluarganya menerima kecaman daripada netizen susulan kes dihadapi Abang Bas.

Namun begitu, individu terbabit masih berkesempatan untuk membuat permohonan maaf kepada keluarga Abang Bas sekiranya tidak mahu tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.