Jika kita masih ingat lagi, lebih dua tahun lalu saat negara melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, ramai peniaga mengalami kerugian yang dahsyat kerana tidak mampu keluar untuk menjalankan aktiviti ekonomi.
Disebabkan hal tersebut, kebanyakan dari kita work from home hampir setahun lebih lamanya. Ada pula yang tidak bekerja lagi kerana dibuang majikan yang mengalami kerugian.
“Kerusi ini yang menyelamatkan kami semasa musim PKP dahulu”
Oleh itu, syarikat yang menjual pakaian dan kasut fomal, TOMAZ juga agak terkesan dengan fasa PKP yang melanda sehingga company tersebut terpaksa mencari alternatif lain bagi menyelamatkan syarikat mereka.
Menerusi perkongsian saudara Aidi Ezzhar di Twitter, dia telah berkongsi rahsia bagaimana brand TOMAZ ini bangkit ketika mereka hampir mengalami kerugian teruk ketika musim PKP lepas.
Menurutnya, syarikat ini mengubah haluan perniagaan dengan menjual kerusi ‘gaming’ dengan harga yang murah buat mereka yang work from home. Wah idea bagus!
' Kerusi ini yang menyelamatkan kami (syarikat) semasa musim PKP dahulu ' – Tomaz CEO dalam live tadi.
Aku rasa ada perkara menarik dan pengajaran yang boleh diambil dalam ni.
THREAD pic.twitter.com/mo3bLLXMLn
— Aidi Ezzhar (@aidi_ezzhar) April 7, 2022
Pemasalahan orang time PKP: work from home & tak ada banyak duit.
Solusi mereka: tawarkan gaming chair dengan harga yang murah.
— Aidi Ezzhar (@aidi_ezzhar) April 7, 2022
“TOMAZ ambik peluang untuk pecahkan pasaran”
Tambahnya lagi, syarikat ini telah mengambil tempahan pre-order selama 3 ke 6 bulan dahulu dan kemudian membuat tempahan dengan kilang dari China dengan kuantiti yang banyak.
Disebabkan penjualan gaming chair yang boleh dikatakan agak murah di pasaran, syarikat tersebut viral dan pecahkan pasaran penjualan kerusi tersebut.
Kita sebagai usahawan ni kena kreatif dalam menyelesaikan masalah short term yang mampu memberi impak kepada syarikat.
Mungkin orang stop membeli di Tomaz dalam masa yang singkat ( semasa PKP ), tetapi impak yang diberikan adalah sangat besar dalam kewangan.
— Aidi Ezzhar (@aidi_ezzhar) April 7, 2022
Menurut Aidi, solusi kreatif yang diambil syarikat ini telah berjaya membuatkan syarikat itu mengaut keuntungan yang besar apabila mereka berani mengambil risiko dengan menjual produk yang berbeza dari produk yang dijual sebelum ini.
Malah produk itu juga dikatakan sebagai satu produk yang menyelesaikan masalah rakyat yang work from home pada masa itu.
Sekarang kerusinya ada harga lebih daripada itu dah. Kerusi musim PKP je RM500 tu. Last last produk kerusi gaming dan meja gaming jadi produk yang dijual dalam jangka masa yang lama di bawah jenama mereka,” katanya.
Tahniah buat brand ni sebab berani ambil risiko dan kemudian berjaya dapat pulangan yang hebat. Semoga ramai peniaga kat luar sana dapat inspirasi dari kisah ini.
Baca: Bosan Dengan Kisah Cinta? Ini 7 Filem Yang Beri Inspirasi Tentang Bisnes & ‘Start-Up’