in

Kertas Subjek Sejarah 15 Calon SPM Dibatalkan, Gara-gara Terbawa ‘Phone’ Masuk Dewan

spm sejarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mata pelajaran Sejarah telah menjadi subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak tahun 2013, sama seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia ia juga menjadi syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

Dalam SPM, peperiksaan Sejarah dibahagikan kepada tiga kertas iaitu kertas satu (objektif), kertas dua (subjektif) serta kertas 3 (esei bertema).


Baru-baru ini, tular di media sosial Facebook di mana seorang guru berkongsi surat keputusan Lembaga Peperiksaan (LP) yang mengekalkan status pembatalan keputusan kertas Sejarah 2 SPM 2021 bagi 15 pelajar sebuah sekolah berprestasi tinggi di Putrajaya.

Dalam hantaran itu, pembatalan keputusan peperiksaan bagi subjek itu didakwa adalah berikutan pelajar terbabit yang terbawa masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan.

Menurut laporan BH Online, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata LP merupakan lembaga bebas dan selagi ia mematuhi protokol yang ditetapkan, segala keputusan yang dibuat harus dihormati.

“Sekiranya perkara-perkara itu (pembatalan keputusan) telah memenuhi protokol dan peraturan yang ditetapkan LP, maka di pihak KPM, kita menghormati keputusan itu.

LP adalah badan bebas, kalau menteri masuk campur akan cetuskan senario kelam-kabut dalam konteks pelaksanaan peperiksaan,” katanya.

Perkara ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, ini kerana kesemua lima belas pelajar tersebut tidak akan dapat memiliki sijil SPM malah, ia juga akan menyebabkan mereka tidak dapat memohon mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui UPU.

upu

Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan adil…

Baca: KPM Sahkan Tidak Pernah Keluarkan Sebarang ‘Ranking’ Sekolah Berdasarkan SPM

Untitled design 2022 06 23T121931.375

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.