Dalam keadaan krisis Covid-19 yang melanda ni, memang ramai orang kehilangan kerja dan terpaksa mencari inisiatif lain demi mendapat wang bagi kelangsungan hidup.
Tapi susah jugalah sebab waktu pandemik macam ni tak banyak syarikat yang tengah cari pekerja kan? Jadi, sesetengah orang sanggup melakukan walaupun dalam bidang yang lain seperti seorang pelajar universiti ini yang kehilangan kerja part-time dia.
Pelajar tersebut berkerja di sebuah pasar borong untuk menampung perbelanjaan namun alangkah sedihnya dia apabila rakan-rakannya mengejek dan menghina sebab kerja dia ‘cikai’ je.
Melalui Facebook, perkongsian pelajar lelaki itu mendapat perhatian ramai di mana dia berkongsi tentang kepayahan hidupnya selepas diberhentikan daripada kerja part-time ketika tempoh PKP.
Tambah pula, kewangan keluarga dia tidak mengizinkan dan dia juga perlu belajar serta bekerja part-time demi menampung perbelanjaan dirinya.
Ibu bapa saya sudah tua dan sakit, mereka tak boleh bekerja lagi. Jadi bila saya tahu ada kerja kosong di pasar dengan bayaran gaji lebih RM80 sehari, saya tidak teragak-agak untuk minta kerja di sana.”
Dah lah kerja pasar penat, kena datang seawal 1 pagi untuk buat apa yang patut tapi sebaliknya rakan-rakan ejek pula. Mentanglah cuma dibayar gaji hari, mereka ejek kononnya kerja sebegitu hanya untuk warga asing.
Ramai (rakan) gelakkan saya, cakap saya ni bodoh ke sampai sanggup nak buat kerja yang selalunya hanya dilakukan oleh pendatang asing.”
Ada yang melampau sampai memalukan dia dekat media sosial, dalam dia mengutuk dia bekerja di pasar. Walaupun ditertawakan dan diejek, dia tetap bekerjasama dengan rakan-rakan yang mengejek tu untuk buat assignment sama-sama.
Tak payah kawanlah dengan orang yang tak supportive macam ni. Asalkan kerja yang tak salah di sisi undang-undang, takde masalah pun kan…
Baca: “Ada EPF & Socso” – Pasar Besar Jalan Othman Tengah Cari Pekerja Warganegara Gaji RM 2,000 Sebulan