Keretapi Sarong 2024 (KS24) kembali dengan sambutan penuh warna-warni sempena Hari Malaysia ke-61, menampilkan kekuatan jenama tempatan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, untuk Malaysia dan juga dunia.
Tema tahun ini, ‘Bangga Malaysia’ (Proud Malaysia) mengangkat kelebihan jenama tempatan luar biasa yang membentuk identiti kolektif kita dan KS24 tahun ini membawa tema ini ke satu tahap yang lebih tinggi bagi menghargai jenama sekaligus mengiktiraf peranan mereka dalam membentuk identiti Malaysia dan mempamerkan potensi komersil budaya di peringat nasional dan juga antarabangsa.
Menurut Shamsul Bahrin Zainuzzaman, Pengasas Bersama LOCCO dan Pengarah Program KS24, “Bangga Malaysia” bukan sekadar tema tahun ini, ia adalah kenyataan kukuh tentang kebanggaan negara kita terhadap jenama tempatan yang membentuk identiti.
Tambahnya lagi, melalui Keretapi Sarong 2024, acara tersebut bukan sahaja meraikan penyatuan kita, tetapi juga mempamerkan kreativiti dan ketahanan jenama Malaysia, menjadikan mereka simbol perpaduan dan warisan budaya.
Dalam masa yang sama, Shamsul turut gembira atas sokongan yang diterima daripada jenama tempatan yang berkongsi visi mereka untuk mengangkat kecemelangan Malaysia ke mata dunia.
Tahun ini, acara KS24 dijangka mencapai tahap yang baharu, berkat kerjasama yang tidak ternilai daripada Rakan Strategik Utama, Kolaborator Utama serta sokongan padu lebih daripada 40 Rakan Strategik.
Selain itu, KS24 menerima pelbagai tajaan daripada barisan penaja hebat yang menyumbang secara unik kepada sambutan meraikan kesepaduan tema “Bangga Malaysia” bersempena kempen khas mereka, antaranya :
Prasarana
Selaku peneraju utama pengangkutan awam negara, Prasarana berperanan penting dalam memastikan kelancaran KS2024 sejak 2017, memudahkan ribuan peserta untuk menikmati pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Mudah dan lancar, pengguna dinasihat untuk menggunakan Touch ’n Go dengan baki yang mencukupi atau MyCity Passes untuk perjalanan tanpa gangguan di KS2024.
ERL (melalui perkhidmatan KLIA Transit) – Ekspres Lah Best
ERL, menerusi kempen ‘’Ekspres Lah Best’’ turut menonjolkan pelbagai keunikan daya tarikan lokal kebanggaan Malaysia dengan susunan pelbagai aktiviti menarik. Ada tawaran harga istimewa pergi balik untuk pemakai sarong dari Putrajaya & Cyberjaya ke KL Sentral pada 14 September dengan harga RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
AirAsia – Kenangan Malaysia bersama AA
AirAsia mengajak rakyat Malaysia untuk mengenang perjalanan mereka bersama syarikat penerbangan ini, bersama “Kenangan Malaysia Bersama AirAsia” sebagai sebahagian daripada kempen mereka untuk menghormati akar umbi tempatan dan kebanggaan negara.
Hotlink – #HotlinkJaguh5GUntukmu Aktifkan #KeretapiSarong24
Sokongan Hotlink mengaktifkan jaringan supaya semua rakyat kekal berhubung dengan rangkaian yang pantas. Hotlink membantu memudahkan perjalanan acara ini, membolehkan peserta berkongsi pengalaman, mendapatkan maklumat terkini, dan menikmati kelancaran sepanjang acara.
Siti Khadijah (SK) – Pelikat Gaya Kita
SK akan melancarkan kempen bergaya yang mengetengahkan semula pelikat tradisional, menggabungkan warisan dengan fesyen kontemporari.
HAUSBOOM – Lokal Lagi BOOM (#LokalLagiBoom)
Kempen HAUSBOOM meraikan keunikan rasa Malaysia dengan minuman buatan tempatan mereka, memberi kuasa kepada jenama tempatan untuk lebih berkembang maju.
Bulan Bintang – Make Baju Melayu Great Again
Bulan Bintang akan menghargai keanggunan Baju Melayu, menggalakkan rakyat Malaysia untuk memakai pakaian tradisional ini dengan penuh bangga.
Bank Simpanan Nasional (BSN) – Mendukung Aspirasi Merentasi Generasi
Kempen BSN akan menonjolkan komitmen mereka untuk menyokong aspirasi rakyat Malaysia merentas generasi, mencerminkan peranan mereka dalam pertumbuhan dan perpaduan negara.
Kejayaan KS2024 turut diperkuatkan oleh penyertaan aktif rakan komuniti yang dihormati, termasuk Infinix, UiTM Melaka, TGV Cinemas, Gardenia, dan Hi Lighter Studio, Malaysia Fashion Creativity Award (MFCA) dan lain-lain.
Menambah kemeriahan KS2024 adalah penampilan istimewa Noraniza Idris, seorang artis tradisional terkenal yang minat mendalamnya terhadap seni muzik etnik kreatif selaras dengan mood dan suasana acara yang penganjurannya masuk tahun ke-8 tahun ini.
Dikenali dengan lagu-lagu klasik dan tradisional Melayu yang tidak lapuk dek zaman, Noraniza Idris akan membawa sentuhan budaya yang autentik kepada sambutan ini, memperkukuh hubungan acara ini dengan warisan kaya Malaysia.
KS2024 turut dimeriahkan dengan penglibatan pelbagai komuniti dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia, menambahkan lagi keceriaan dan mempamerkan kekuatan perpaduan dalam kepelbagaian.
Flash mob ini akan turut disertai komuniti lokal dan setempat di pelbagai bandar dan stesen di seluruh Malaysia, termasuk Subang Jaya, Putrajaya Sentral, Gombak, KL Sentral, Kajang, Ampang, TTDI, UPM dan Sri Damansara Sentral.
Selain acara utama di Lembah Klang, flash mob serentak juga akan rancak berlangsung di lokasi terpilih seperti Johor Bahru, Kota Bharu, Ipoh, Bukit Mertajam, Alor Setar, malah di kota Paris dan Berlin yang menonjolkan jangkauan global dan daya tarikan unik sambutan khas Malaysia ini.
Sertai kami dalam perjalanan yang tidak dapat dilupakan ini dan jadi sebahagian daripada sambutan bersejarah yang bukan sahaja menghormati masa lalu Malaysia tetapi juga mendorong masa depannya ke peringkat global.
Untuk maklumat lanjut mengenai Keretapi Sarong dan untuk mengikuti perkembangan terkini, ikuti saluran media sosial mereka di :
Facebook: https://www.facebook.com/locco.my
Laman Web: https://www.locco.com.my
Instagram & X: @locco.my