in

Kereta Kesan ‘Pemandu Keletihan’ Kerana Matanya Yang Kecil

4kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemilik kenderaan elektrik Xiaomi SU7 Max di China mendakwa terpaksa membuka matanya “seluas mungkin” ketika memandu bagi mengelak sistem keselamatan kereta menganggapnya sedang mengantuk.

Screenshot 2025 06 22 at 12.03.54 PM

Menurut laporan Harian Metro, Li, pemuda dari Wilayah Zhejiang, berdepan kejadian pelik apabila sistem amaran keletihan dalam kenderaannya kerap berbunyi dan memberi peringatan “sila fokus pada pemanduan” walaupun beliau sebenarnya berjaga dan memberi perhatian sepenuhnya di jalan raya.


Apabila saya membuka mata seperti biasa, saya dengar bunyi amaran. Nampaknya mata saya sangat kecil sehingga kereta menyangka saya akan tertidur.”

Kereta berprestasi tinggi itu yang mampu memecut 0–100 km/j dalam hanya 2.78 saat menjadi rebutan ramai sejak dilancarkan, namun isu sistem pemantauan pemandu ini mencetuskan kekeliruan dan gangguan kepada sesetengah pengguna.

Screenshot 2025 06 22 at 12.03.40 PM

Li mengadu sistem itu memberi amaran hampir 20 kali semasa pemanduan singkat dan menyebabkan ketidakselesaan. Pengguna lain turut meluahkan pengalaman serupa melibatkan jenama EV buatan China yang lain seperti Deepal dan Lynk & Co.

Xiaomi dalam kenyataan susulan menjelaskan bahawa sistem pemantauan keletihan dipasang sebagai ciri keselamatan dan berfungsi melalui kamera yang mengesan tumpuan pemandu. Ciri ini boleh dimatikan dalam tetapan, namun syarikat tidak menggalakkan pengguna berbuat demikian demi keselamatan.

 

Baca: Berselisih Faham Dengan Isteri Punca Lelaki Hilang Fokus Bawa Kereta Lawan Arus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.