Budaya bergaduh di sekolah makin menjadi-jadi kebelakangan ini, ia boleh dikatakan ibarat sebuah penyakit yang kian mengotori pemikiran anak-anak muda dan pelajar sekolah.
Semalam kecoh di laman Twitter apabila sekumpulan pelajar yang lengkap berbaju seragam sekolah bergaduh beramai-ramai di sebuah perkarangan tempat awam.
https://twitter.com/anthraxxx781/status/1529020078657679360?s=20&t=yOZFNEB7hWFwrzyYiH2mWA
Berdasarkan laporan FMT, difahamkan insiden ala babak filem itu berlaku di pusat bandar Sandakan, Sabah.
Dalam laporan yang sama, dikatakan pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan beramai-ramai yang viral sejak semalam di kebanyakan platform media sosial.
Menurut Ketua Polis Sandakan Abdul Fuad Abdul Malek, beliau berkata siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku di Jalan Elopura di Pusat Bandar Sandakan.
Katanya lagi, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pergaduhan serta mereka yang terlibat.
“Pihak polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh tampil ke balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.
Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu juga boleh menghubungi pegawai penyiasat iaitu Micheal Goh di nombor 016-8741216 atau 089-203223.
Betul-betul macam dalam filem!