Masing-masing ada hobi dan minatnya, ada sesetengah orang sanggup laburkan banyak wang untuk memenuhi keinginannya dalam mendapatkan pelbagai koleksi.
Misalnya penternak ikan koi dari Chukai, Terengganu ini, Mohd Zulkifli Husin, 46 atau lebih mesra dengan panggilan Usop Cerek ini, kemaruk memiliki ikan koi berkualiti tinggi dari Jepun, dia sanggup jual tanah untuk membeli ikan koi yang berharga RM300,000 seekor!
Mula minat sejak tahun 2015
Lapor Harian Metro, ikan koi itu jenis Sakai Kohaku yang dibeli di Sakai, Jepun, ia merupakan ikan terbaik dan sering menang dalam pelbagai pertandingan ikan koi berperingkat antarabangsa.
Kata lelaki yang berasai dari Kampung Gong Pauh ini, dia akui minatnya dalam menternak ikan koi ini bermula sejak tahun 2015.
Kalau tengok kolam ikan depan rumah dia pun dah nampak, ada banyak ikan koi.

“Saya menjual tanah semata-mata untuk membeli ikan koi Sakai Kohaku yang berkualiti tinggi itu.”
Bagaimanapun, Usop menyatakan bahawa ikan itu masih ada di Ladang Ikan Koi di Jepun, ada peminat lain yang menawarnya untuk membeli ikan itu dengan harga yang tinggi
“Sekarang ikan koi itu masih berada di Ladang Ikan Koi Sakai, Jepun dan kerap ditawar untuk dibeli peminat ikan koi lain dan terbaru ditawar dengan harga RM450,000.”
Bagaimanapun, Usop tidak sedia lagi untuk menjualnya kerana…

“Tetapi, saya tidak bersedia untuk menjualnya lagi kerana harga pasaran semasa ikan koi itu mencecah RM600,000 seekor,”
Malah, dia dikatakan mahu bawa pulang ikan itu ke Malaysia kerana mahu menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan di Jepun.
“Jika saya membawa pulang ikan koi itu ke Malaysia, harga dan nilai eksklusifnya akan menurun selain sukar untuk memperoleh pembeli yang berani membeli ikan itu mengikut harga pasaranya.”

“Buat masa sekarang, biar ikan koi berkenaan dibela di Jepun dan peluang untuk menjualnya semula adalah sangat tinggi kerana peminat ikan koi di seluruh dunia tertumpu di sana,”
Usop juga memiliki lebih 40 koleksi ikan koi lain yang rata-ratanya berharga lebih daripada RM 10,000 seekor.

Antaranya, Omosako Shiro Utsuri, Doitsu Showa, Benikiko, Sanke Sakai, Dainichi Showa dan Momotaro Kohaku dan kesemuanya bernilai lebih RM500,000.
“Harga ikan koi yang diternak di kolam ikan koi di rumah saya sekarang berharga RM20,000 hingga RM60,000 seekor dengan kos makanan dan vitamin RM2,000 sebulan.”
Wow, tak sangka bela ikan pun boleh jadi pelaburan terbaik, boleh menang pertandingan, malah kalau jual je pun boleh beli tanah balik.
Baca : Menarik Habis! Pengunjung Kafe Ini Boleh Nikmati Hidangan Sambil Ditemani Ikan Koi Dalam “Kolam”

