in

Kerajaan Tangguh Ibadah Umrah Bermula 8 Januari – Menteri Kesihatan

3Umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jemaah yang mempunyai hajat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah terpaksa membatalkan niat suci mereka untuk sementara waktu.


Perkara itu itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin hari ini berikutan penularan jangkitan Covid-19 Varian Omicron. Jelas Khairy, larangan berkenaan akan kekal berkuatkuasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Screenshot 2022 01 01 At 10.48.21 Am

Memetik laporan Berita Harian, Khairy turut menjelaskan, tempahan tiket penerbangan umrah yang baharu ditangguhkan berkuatkuasa hari ini. Tambah Khairy, jemaah umrah yang pulang dari Tanah Suci perlu menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin atau hotel tertentu bermula 3 Januari ini.

Manakala bagi jemaah yang akan berangkat ke Tanah Suci hari in sehingga 7 Januari, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan mereka, namun wajib menjalani kuarantin di pusat kuarantin atau hotel yang dikenalpasti NADMA apabila tiba di Malaysia kelak.

Screenshot 2022 01 01 At 10.48.38 Am

Keputusan penangguhan ibadah umrah ini telah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dengan menimbang-tara risiko penularan Covid-19 Varian Omicron di dalam dan luar negara, khususnya di Arab Saudi.

 

Baca: Viral Jemaah ‘Mengamuk’ Kena Tunggu 5 Jam Di KLIA Rupanya Sebab Tak Cukup Kaunter

Screenshot 2022 01 01 At 10.48.53 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.