in

Kerajaan Disaran Beri Cuti Khusus Untuk Wanita Alami Senggugut

Kerajaan Beri Cuti Sengugut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan disaran menggubal undang-undang bagi memperuntukkan cuti khas untuk wanita yang mengalami sakit haid teruk atau senggugut seperti yang diluluskan oleh kerajaan Sepanyol baru-baru ini.

Perkara tersebut perlu diberikan perhatian kerana sakit haid teruk atau ‘dismenorea’ ini akan juga menyebabkan sakit kepala, pening, muntah, cirit-birit, sakit di bahagian kaki atau lebih teruk, pengsan.


Jadi adalah tidak adil bagi wanita untuk menggunakan kuota cuti sakit (MC) tahunan mereka setiap kali mengalami senggugut yang mungkin berulang setiap bulan.

Media 6Daefcb5C1C8A6A7C20768838F399D69

Menurut Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia, Haniza Mohamed Talha berkata isu berkenaan kesihatan haid ini merupakan topik yang enggan ditangani oleh ramai penggubal dasar, lebih-lebih lagi di Asia, termasuk Malaysia.

Tambahnya lagi, di Malaysia, satu kaji selidik yang dijalankan oleh YouGov pada 2017 mendapati 86 peratus daripada wanita yang ditinjau mengatakan bahawa mereka mengalami senggugut ketika haid.

“81% memaklumkan ia menjejaskan keupayaan mereka untuk bekerja”

20190731Ym22

Dalam kenyataan yang sama, Haniza turut mendedahkan dapatan daripada kaji selidik berkenaan yang mana lebih 80 peratus daripada responden pernah bekerja dan akui mereka mengalami sakit haid.

Pandangan dan dapatan ini akan dipanjangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan juga Kementerian Sumber Manusia (KSM) agar kedua-duanya dapat menubuhkan pasukan petugas khas bagi meneliti saranan yang dibuat.

Tambah Haniza, cuti haid bukanlah sesuatu yang baharu. Menurutnya, wanita di Indonesia yang mengalami sakit haid teruk boleh mengambil masa sehingga dua hari dalam sebulan untuk cuti.

Perkara yang sama juga telahpun dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain seperti Jepun, Taiwan dan juga Korea Selatan.

Baca : “3 hari sebulan” – Sepanyol Jadi Negara Pertama Di Eropah Yang Membenarkan Cuti Haid

Untitled Design 2022 05 19T115842.868

Sumber: Redaksi
Sumber: MalayMail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.