Wabak Covid-19 telah melanda hampir tiga tahun, di Malaysia kes saban hari semakin meningkat dan ramai keluarga, teman rapat malah diri kita sendiri sudah terkena jangkitan wabak ini. Tahun ini pula, varian Omicron semakin ‘mengganas’ dan memberikan kadar keboleh jangkitan yang tinggi.
Setakat semalam, kes harian Covid-19 yang direkodkan di negara kita mencecah angka 31,199 dan lebih 270k kes yang masih aktif.
Bagaimanapun, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Arvinder Singh berkongsi di laman Twitternya dimana ramai pesakit Covid-19 baru-baru ini melakukan ujian kendiri dan mendapat keputusan positif tetapi ‘kabur’.
Just sharing.Seeing many patients coming with faint +ve RTK test(Day 1).Next day or day after- RTK -ve.RT PCR done on D1-CT value high(low viral load-low transmissibility).Minimal symptoms- sore throat etc.
One common factor among all of them-they received their boosters prior
— ?? ????????-????? ?? (@Dr_ASinghR) February 23, 2022
Menurutnya, ramai yang melakukan ujian RTK dan mendapat keputusan positif yang agak kabur dan jika mereka lakukan ujian yang sama keesokan harinya, keputusan akan berubah menjadi negatif.
Bagi yang melakukan ujian PCR pula, keputusan akan menunjukan nilai keboleh jangkitan yang rendah serta kandungan virus yang sedikit.
Simptom yang dialami pesakit juga tidak teruk dan biasanya mereka cuma akan mempunyai gejala seperti selsema dan sakit tekak sahaja.
Hampir semua sudah mendapat vaksin dos booster
Dalam tweet yang sama, doktor itu menyatakan kebanyakan pesakit yang menunjukan ciri-ciri berikut semuanya telah mendapat dos ketiga ataupun dos booster.
Dia juga menyarankan semua untuk mengambil dos booster kerana ia dapat membantu membendung wabak tersebut.
Moral of the story: Take the booster. It works very well. But do not forget to apply all SOPs as well- masking, hand hygiene and physical distancing as well as good ventilation
— ?? ????????-????? ?? (@Dr_ASinghR) February 23, 2022
Selain itu, dia juga berkata kita perlu sentiasa menjaga SOP yang ditetapkan termasuklah pemakaian pelitup muka, sentiasa menjaga kebersihan dan pentingkan pengudaraan yang bagus.
Dia juga berkata, sekiranya ini berlaku, maka kita mempunyai peluang untuk mengurangkan jangkitan dalam komuniti.
Ambil booster ok guys!
Baca: Booster Berkesan Melawan Omicron, KJ Minta Orang Ramai Berhenti Baca Konspirasi Sampah Di Facebook

