in

Kental! Lelaki Selamba Sambung Makan Di Majlis Kahwin Walaupun Dewan Terbakar

Page 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalaulah korang tengah makan dalam satu majlis perkahwinan, tiba-tiba dewan majlis terbakar, apa korang akan buat? Ikut logik, mestilah orang ramai akan panik dan lari, kan? Tapi di India, lain pula ceritanya.

Baru-baru ini, berlaku satu kebakaran di Ansari Marriage Hall, Kolkata malam Ahad lepas. Walau bagaimanapun, tular di Twitter berkenaan dua orang lelaki yang dilihat tak berhenti menjamu selera ketika api sedang marak terbakar di belakang mereka.


Bukan sekadar sambung makan, malah lelaki-lelaki ini sempat berborak sesama sendiri walaupun selepas perasan yang ada kebakaran sedang berlaku di belakang mereka.

Memetik laporan dari Free Press Journal, kebakaran itu berpunca dari bilik stor dewan tersebut, di mana segala dekorasi dan kerusi di situ hangus dijilat api. Sekurang-kurangnya enam kenderaan beroda dua yang diletakkan berhampiran dewan juga musnah, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Melalui ruang komen di Twitter, ada netizen yang berseloroh mengatakan kebakaran bukan penghalang untuk sesiapa menikmati makanan yang sedap. Makanan sentiasa prioriti, bro!

10 2  11 77 11

Ada juga yang menyatakan bahawa hanya peminat makanan sebenar yang tidak gentar untuk makan dalam keadaan seperti itu.

8 109 7

Steady sangat abang ni. Terbakar tu terbakar jugak, kalau dah lapar nak buat macam mana, kan?

Sumber: Free Press Journal dan Twitter

Baca: “Boss panggil sambung kerja” – Lelaki Pakai Pakaian Sama Dengan Pelayan Semasa Kenduri Buat Ramai Terhibur

12 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.