Kita selalu dengar ada orang yang tersalah pergi majlis kenduri gara-gara silap tengok alamat rumah. Dah siap makan dah pun tapi bila nak pergi salam kaut atau bergambar dengan pengantin, baru perasan rupanya tersalah tempat!
Kisah yang hampir sama turut berlaku kepada sekumpulan pelancong Singapura di Thailand baru-baru ini apabila deretan khemah yang mereka sangka gerai makan rupa-rupanya ialah majlis kenduri!
@_mmeah ขอยาดขำ #fypシ #คนไทยเป็นคนตลก #ผู้ชายสิงคโปร์ #แฟนสิงคโปร์🇸🇬🇹🇭 #คนไทยในสิงคโปร์🇹🇭🇸🇬
♬ original sound – ครูมีอา ได้ภาษาพาชีวิตก้าวหน้า – ครูมีอา ได้ภาษาพาชีวิตก้าวหน้า
Menurut Mothership.sg, video kejadian itu telah menjadi tular setelah dikongsikan di TikTok _mmeah beberapa hari lepas. Dalam video berkenaan, beberapa orang lelaki Singapura telah berhenti di sebuah tempat yang mereka sangka jual makanan ala-ala street food.
Dalam satu temu bual dengan media AsiaOne, salah seorang pelancong tersebut iaitu Dilan Lau menceritakan mereka sebenarnya sedang dalam perjalanan menaiki motosikal untuk melancong di sekitar Chiang Mai.
Dalam perjalanan itu, mereka kemudiannya ternampak sebuah tempat yang penuh dengan kerusi dan meja dan suasana di khemah berkenaan nampak sangat meriah.
Oleh itu, mereka terus menyangka ia adalah sebuah gerai makanan sebab dah lapar dan orang-orang tempatan di situ juga menyambut mereka dengan ramah dan menjemput mereka untuk duduk. Lagipun, perbezaan bahasa turut menjadi penghalang untuk mereka faham antara satu sama lain.
Sampailah dorang ni tanya tentang menu, barulah dorang tahu rupa-rupanya itu adalah sebuah majlis keramaian sebab takde menu.
Apabila mereka berkongsikan video suasana di ‘gerai’ itu di Instagram Story, ada seorang rakan online yang mengatakan majlis itu mungkin adalah kenduri kahwin.
Lepas dah tahu tu, mereka putuskan untuk beredar namun orang-orang di majlis itu tetap menjemput mereka untuk duduk dan makan.
Pelancong-pelancong tu pun tawarkan diri untuk bayar balik harga makanan yang dah dimakan namun orang-orang Thailand di situ enggan menerima sebarang wang. Baik-baik betul orang Chiang Mai ni, rilek je terima tetamu walaupun tak kenal.
@_mmeah Reply to @sirinyinsombut ต่อค่ะ ep2 #fypシ #คนไทยเป็นคนตลก #ผู้ชายสิงคโปร์ #แฟนสิงคโปร์🇸🇬🇹🇭 #คนไทยในสิงคโปร์🇹🇭🇸🇬
♬ original sound – ครูมีอา ได้ภาษาพาชีวิตก้าวหน้า – ครูมีอา ได้ภาษาพาชีวิตก้าวหน้า
Pada penghujung video, dapat dilihat mereka turut melambai untuk ucapkan selamat tinggal kepada orang-orang tempatan di sana atas kebaikan mereka.
Walaupun agak lucu, tapi rasanya pengalaman macam ini lah yang akan buatkan sesebuah perjalanan atau pengembaraan tu lagi menarik untuk dikenang. Orang kata jadi memori terindah la kan.
Kalau korang pun pernah ada pengalaman tersalah tempat makan macam dorang ni jugak, boleh kongsikan dengan kami di ruangan komen tau.
Sumber: Mothership.sg, AsiaOne, TikTok @_mmeah