in

Kenduri Durian: ADUN Dakwa Video Lama, Netizen ‘Siasat’ Tunjuk Bukti Jersi Liverpool & Tudung Keluaran 2021

Ft Netizenkorek

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’ Mohd Rashid Hasnon menafikan video yang tular di media sosial dan kini hangat diperkatakan oleh netizen itu adalah video baru. Video tersebut menunjukkan sekumpulan individu termasuk dirinya sedang menghadiri ‘kenduri durian’ di dalam sebuah dusun.

Menurut Malaysiakini, Mohd Rashid menafikan dakwaan bahawa dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP dan rakaman itu adalah video lama.

Tak adalah, itu (video) lama kot. Saya ingat (video) tahun lepas punya, sebelum PKP.”

 

Netizen ‘siasat’ dan tunjuk bukti

Bagaimanapun, selepas penafian dilbuat oleh Mohd Rashid netizen dan warganet melakukan ‘siasatan’ mereka tersendiri kerana musykil ianya adalah video lama.

Bagi mengukuhkan lagi, ramai netizen tampil dengan bukti-bukti yang menunjukkan ‘kenduri durian’ seperti dalam rakaman itu berlaku baru-baru ini ketika PKP. Menerusi Twitter, seorang netizen telah menunjukkan screenshot gambar salah seorang individu di dalam rakaman tersebut yang memakai tudung.

Menurutnya, tudung tersebut adalah koleksi Raya yang dikeluarkan jenama terbabit pada tahun ini. Ianya baru dilancarkan lebih kurang 2 bulan lepas.

Baru release dlm 2 bulan lepas, tetiba cakap video ni tahun lepas punya?”

Tuds1

 

Jersi Liverpool terbaru

Seorang netizen lain pula turut menunjukkan bukti pakaian dipakai oleh salah seorang individu yang menghadiri ‘kenduri durian’ terbabit. Berdasarkan bukti ditunjukkannya melalui Twitter, individu tersebut dirakam memakai jersi Liverpool berwarna merah keluaran musim liga 2020/2021, membuktikan ia bukanlah rakaman lama.

Jers

Jersi1

Selain tudung dan jersi ramai netizen lain turut menunjukkan bukti dan hasil ‘siasatan’ masing-masing antaranya adalah tarikh pada cek yang menunjukkan tahun 2021 serta pemakaian sesetengah individu yang dilihat sama seperti di dalam acara sumbangan durian bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin di Batu Pahat.

Tarikh

Zuraida

Terdahulu, seorang pengguna Facebook dilaporkan telah memuat naik rakaman majlis kenduri durian yang dihadiri wakil rakyat, Mohd Rashid. Susulan video itu, satu laporan polis telah dibuat dan menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah, kertas siasatan telah dibuka dan pihaknya sedang menyiasat kejadian berkenaan.

Baca: “Taklah itu video lama” – Timbalan Speaker Nafi Hadir ‘Kenduri Durian’, Rakaman Didakwa Video Tahun Lepas

Makan Durian Beramai Ramai Langgar Sop

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter