Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan pengguna satu lebuh raya yang baharu sahaja dibuka membuat U turn beramai-ramai untuk mengelak kesakan jalan raya.
Dalam video berdurasi 37 saat itu, dapat dilihat dengan jelas ‘perangai’ segelintir rakyat Malaysia yang sanggup memandu secara berbahaya tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.
Dipercayai, video tersebut diambil di Lebuh raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Raub Bypass.
Video sama turut dikongsikan di aplikasi X menerusi akaun @druglordfxdl dan telah menerima hampir 4,100 kongsi semula dan 5,100 tanda suka.
Artikel berkaitan: Kecoh! Dua Geng Lelaki Merusuh Di Tepi Lebuh Raya Berpunca Sebab Towing Kereta?
Artikel berkaitan: Khemah Dipacak Atas Jalan Raya Utama Hilang, Individu Dakwa Kena Khianat
Sudah tentulah, dalam ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa marah dan tidak puas hati masing-masing terhadap tindakan pemandu tersebut.
“Hai, kes apa lagi ini? Kenapa kena buat u turn kat highway? Kalau jadi apa-apa nanti, sudahlah nak raya. Tolonglah jangan buat macam ni,” kata Bang Jimm.
“Kenapa suka bahayakan nyawa orang lain? Kalau kereta belakang laju tak sempat nak elak, memang confirm akan belaku kemalangan. Semoga tidak ada apa-apa yang belaku lah,” kata Fitri Nizam.
“Habis tu, lepas u turn, jalan tak jem ke,” tanya Rashidee.