Susulan pendedahan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri beberapa hari lalu mengenai bekas menteri yang dikatakan tidak melangsaikan hutang puluhan juta ringgit, semalam, difahamkan bekas menteri berkenaan sudah mengeluarkan respon berkenaan hal tersebut.
Menurut bekas menteri itu, dia tidak mahu merendahkan dirinya ke tahap Aliff Syukri dan ‘ugutan’ usahawan itu juga kini sedang diuruskan peguamnya.
“Kalau tak selevel kenapa minta saya bantu dan kerjasama?”
Respon bekas menteri itu walau bagaimanapun telah mengundang rasa tidak puas hati Aliff yang kemudian diluahkannya di Instagram semalam.
Dakwa Aliff, jika dia tidak setaraf dengan bekas menteri tersebut, mengapa dia diminta untuk membantu dan bekerjasama. Tambahnya lagi, dia juga mempunyai bukti rakaman perjumpaan mereka.
View this post on Instagram
Tan Sri… kalau tak selevel kenapa minta saya bantu dan kerjasama? Dah dapat duit lepas tu lari dari saya. Tak nak turunkan diri jumpa saya.
“Tak selevel ye? Wahai Tan Sri, saya tak bodoh masa kita diskus/meeting keliling saya letak kamera saya! Tan Sri tak perasan sebab level Tan Sri bilion bodyguard keliling pinggang saya anak kampung sahaja yang kais pagi makan pagi,” katanya.
Aliff juga pada masa yang sama meminta bekas menteri berkenaan memulangkan semula haknya jika mereka tidak ‘setaraf’ seperti yang dikatakan sebelum ini.
Kalau tak selevel pulangkan hak saya yang puluhan juta saya tu. Pelik juga kalau tak selevel kenapa ajak saya datang rumah? Ajak pergi memancing di kampung?
“Semua ada video tan sri di Youtube. Siap ajak gi resort layan saya macam raja? Ingat saya bukan anak kampung yang bodoh yang boleh dikotak-katikkan dan rakyat Malaysia tak bodoh menilai. Jangan makan duit rakyat marhaen macam saya ni tan sri,” katanya lagi.
Perkongsian Aliff ini telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana rata-rata memintanya untuk mendedahkan rakaman video tersebut.
Tak cukup dengan itu, ada juga yang memberi nasihat agar berpada-pada dalam memberi hutang kerana bimbang jika berlaku hal sebegini.
Baca: “Peguam saya sedang uruskan” – Abdul Kadir Beri Respon Isu Dituduh Tak Bayar Hutang Aliff Syukri