Beberapa hari lepas, viral di media sosial apabila pekerja lima ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (NUWHSAS) di Ipoh membuat protes kerana tidak puas hati layanan majikan mereka, Edgenta UEMS.
Menurut Malaysia Kini protes itu dibuat hanya kerana menyuarakan kebimbangan terhadap layanan yang diterima majikan, termasuk tidak menyediakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang mencukupi, penafian terhadap hak kesatuan dan pemaksaan menukar waktu bekerja.
Dah dibebaskan
Mereka sebelum ini telah ditahan dan direman selama 4 hari tetapi dibebaskan selepas peguambela mempertahankan mereka.
Disebabkan itu, ramai netizen yang bengang apabila video rakaman mereka memakai baju banduan dan digari itu tersebar luas.
MAGISTRATE REFUSES FURTHER REMAND REQUEST,
Police failed to obtain remand order of the 5 unionist detained. The police requested for a 4 day remand, however after our lawyers put up a fight Magistrate refused the remand request and ordered the police to release by 6pm today. pic.twitter.com/ajPbWUDMwP— Sivarajan (@ASivarajan) June 3, 2020
Laman Twitter Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya apabila melihat mereka dilayan sebegituk teruk hanya kerana ingin menuntut hak mereka.
“KENAPA PERLU GARI MEREKA?”
Seruan dari kesatuan:
1. Jgn charge 5 aktivist yg berjuang utk hak frontliner (cleaner di hospital)
2. HENTIKAN SEGALA PEMANGSAAN TERHADAP PEKERJA & AHLI KESATUAN
3. Mohon Jabatan krjaan seperti Jabatan buruh, jabatan kesihatan, jabatan hal ehwal kesatuan ambil tindakan SEGERA
— #CleanerJugaFrontliner – KPSHK (@KesatuanPSHK) June 3, 2020
Bagi mereka lagi, majikan tersebut telah melanggar Akta Perhubungan Industrial dan diambil tindakan segera, bukan pekerja yang berjuang untuk hak mereka digari,disiasat dan diambil tindakan.
Bahkan, ramai netizen yang mula mempertikaikan tindakan mereka seperti mereka melakukan jenayah besar, namun begitu ramai juga yang memuji keberanian mereka ini.
Jenayah apa yang diaorang dah buat ni? – Netizen
Sebelum ini, Malaysia Kini melaporkan bahawa mereka disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas, serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan berhubung perbuatan cuai dan menyalahi undang-undang yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa.
Mereka juga disiasat mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Syarikat majikan mereka yang dikenali sebagai Edgenta UEMS adalah syarikat pembekal perkhidmatan pembersihan hospital dan merupakan subsidiari penuh UEM Edgenta.
Edgenta UEMS sebelum ini ada membuat kenyataan bahawa mereka mempunyai protokol tersendiribagi melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja.
Malah mereka juga menegaskan bahawa syarikat tersebut mempunyai saluran komunikasi dan komited untuk menyelesaikan masalah dalaman membabitkan pekerjanya secara aman.
Baca : Frontliners Kecewa & Kecil Hati ‘Kerajaan Macam Tak Ikhlas Beri Elaun’