Semalam, media Malaysia meluahkan rasa kurang senang dengan penyanyi Indonesia Putri Ariani dengan menyifatkan bintang program realiti American’s Got Talent (AGT) itu tidak profesional kerana enggan menyambung sesi temubual selepas majlis sidang akhbar konsert Walkerworld Tour 2024.
Menurut media, wakil penganjur memaklumkan Putri Ariani, 18, tidak dibenarkan bertemu semula dengan pihak media tempatan oleh bapanya tanpa memberi alasan kukuh.
Putri Ariani tak tahu media tunggu
Susulan itu, Putri menerusi Instagram Story tampil memberi penjelasan mendakwa dia tidak dimaklumkan bahawa masih ada wartawan menunggu untuk meneruskan temu bual selepas selesai sesi sidang media.
Artikel berkaitan: Putri Ariani Didakwa Tidak Profesional, ‘Sidai’ Wartawan Selama Dua Jam?
Artikel berkaitan: “Dia ‘brilliant’!” – Penyanyi OKU Penglihatan Dari Indonesia Terima ‘Golden Buzzer’ Dari Simon Cowell
“Mohon maaf, sewaktu Putri keluar dari ruangan (bilik sidang media) di infokan oleh EO (penganjur) dan promoter kalau sudah selesai acara press confrence (sidang media).
“Jadi Putri tidak tahu kalau ada wartawan yang masih menunggu,” ujarnya.
View this post on Instagram
Menurut Putri, isu tersebut sepatutnya ditujukan kepada pihak penganjur dan tidak meletakkan kesalahan atas dirinya.
“Yang buat acara dan waktunya bukan kita. Ini semua tadi dah berjalan dengan lancar dan dah selesai, kenapa marahnya kat Putri?”
Difahamkan, penyanyi itu hadir dalam satu sesi sidang media yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya bagi mempromosikan Walkerworld Tour 2024 bersama pemuzik terkenal Alan Walker.
Sumber: Instagram