Satu video rakaman CCTV di dalam sel penjara viral selepas seorang banduan wanita dilihat terpaksa melahirkan anak berseorangan.
Menurut BBC, Diana Sanchez telah memberitahu salah seorang pegawai Penjara Denver County di Colorado yang dia dah sampai masa untuk melahirkan selepas air ketubannya pecah pada Ogos tahun lepas.
Bagaimanapun, pegawai tersebut dikatakan hanya membuat bodoh selepas Diana minta pertolongan dan tinggalkan je banduan tu bersendirian selama enam jam. Melalui rakaman CCTV itu, Diana dilihat sedang menahan kesakitan sebelum dia membentang sesuatu di atas katil dan baring sambil menyelimuti dirinya.
Tak lama lepas tu dia terpaksa buka seluarnya sendiri dan meneran sebelum akhirnya bayi lelaki dilahirkan di tempat tidurnya tanpa bantuan sesiapa di dalam sel yang kotor itu.
Beberapa minit lepas tu, seorang jururawat lelaki masuk ke dalam sel Diana dan mengambil bayinya untuk dibersih dan diselimutkan. Meskipun bayinya lahir dengan selamat, Diana tetap memfailkan saman terhadap jururawat dan pegawai penjara itu kerana membiarkan dia berseorangan dalam kesakitan dan melahirkan anak tanpa bantuan perubatan.
Kes Diana menjadi viral dalam kalangan penduduk setempat dan penjara itu menerima kecaman hebat daripada netizen kerana tergamak membiarkan ibu hamil yang memerlukan bantuan untuk beranak.
Tonton video tu di bawah:
Disclaimer: Video ini mungkin mengerikan bagi sesetengah orang. Tonton atas risiko sendiri.