Kalau difikir semula, semua orang boleh terlibat dengan pelbagai isu tak kisah nama siapa pun. Tapi, yang menariknya bila asyik-asyik nama sama je yang muncul dalam headline berita melibatkan kontroversi seperti nama ‘Alif’.
Tapi, takkanlah sebab seorang Alif je habis semua orang bernama ‘Alif’ korang salahkan. Jadi, untuk artikel kali ni, min nak cerita pada korang tentang kontroversi hangat yang pernah dikaitkan dengan nama tersebut di Malaysia.
1. Dato Aliff Syukri
Aliff Syukri dilahirkan pada 3 April 1987 merupakan seorang usahawan dan pengasas kepada syarikat kosmetik, D’Herbs Holding Sdn Bhd. Dia juga merupakan anak kepada pemilik syarikat Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim.
Walaupun bergelar Dato, Aliff Syukri sering terpalit dengan pelbagai isu panas dari masa ke masa. Boleh dikatakan, dialah ‘Alif’ paling kontroversi dalam Malaysia tau! Antara isu hangat dia pernah buat ialah mengenai video lagu raya, ‘Kelepok Raya’ yang mengundang kecaman netizen.
Artikel berkaitan: “Ada yang hantar ‘barang’?” – Dengki Dengan Aliff Syukri, Bibik Pula Kena Tempias Sampai Dirasuk
Mana taknya, dalam video itu memang jelas kelihatan penari yang langsung tak menggambarkan adab ketimuran dan ajaran Islam. Apa yang menaikkan kemarahan netizen, video itu dimuat naik pada akhir bulan Ramadan yang sepatutnya dipenuhi dengan amal kebajikan dan ibadah.
Viralnya isu ni sampaikan pihak kementerian pun panggil dia untuk beri keterangan mengenai video itu. Netizen juga meminta video lagu itu disekat dan dipadam daripada platform media. Akan tetapi, sehingga kini video tersebut tetap wujud di saluran YouTube dengan jumlah tontonan melebihi 2.9 juta.
2. Aliff Aziz
Alif kali ini pula merupakan penyanyi dan pelakon yang berasal dari Singapura namun, memilih untuk menetap di Malaysia. Dia telah berkahwin dengan Bella Astillah yang juga mempunyai karier yang sama seperti suaminya. Siapa sangka, penyanyi lagu ‘Sayang Sayang‘ ni juga terlibat dengan kontroversi di Malaysia.
Pada awal tahun ni, isu rumah tangganya viral apabila dikatakan ada ‘orang ketiga’ yang cuba mengganggu kehidupan dorang berdua. Dikatakan, orang tersebut merupakan pelakon Malaysia iaitu Sophia Albarakbah yang mengakui ‘tersuka’ pada Aliff ketika penggambaran ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ yang dibintangi kedua-dua pelakon itu.
Perkara ini juga dikatakan Aliff sendiri yang mengakui kesilapannya kerana tak mampu menjaga batas perhubungan dalam pekerjaan.
Disebabkan tu, dia cuba membaik pulih hubungan suami isterinya dengan memberi lebih masa dan perhatian terhadap Bella. Aliff juga bersetuju untuk tidak berlakon lagi bersama Sophia untuk masa akan datang.
Artikel berkaitan: “Buat tu je dulu” – Alif Satar Kongsi Tips Untuk Mereka Yang Baru Nak Start Jogging
3. Alif Satar
Alif Satar ni pula boleh digelar sebagai Alif yang selalu dipersalahkan. Sebabnya, kalau ada isu berkait nama ni je, mesti netizen suka sangat mention dia di media sosial. Walaupun begitu, dia juga dikatakan Alif paling okay sebab tak banyak kontroversi sehinggakan dipuji oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di X.
Akan tetapi, seperti Alif yang lain, dia juga ada sedikit isu hangat yang mencalarkan namanya dulu apabila dia menjadi salah seorang pelakon dalam filem paling kontroversi 2023, Pulau.
Kalau korang nak tahu, filem tersebut memang penuh dengan adegan seksi dan tak sesuai untuk ditonton oleh masyarakat Malaysia.
Pada masa yang sama, netizen pun tak percaya Alif bersama pelakon lain yang merupakan Muslim turut terlibat dalam filem yang terang-terangan melanggar hukum dalam Islam. Walaupun begitu, dia tetap menjaga batas semampunya semasa penggambaran untuk filem seram tersebut.
4. Alif Teega
Seperti Aliff Aziz, rumah tangga Alif Teega bersama Aisyah Hijanah juga menjadi isu yang hangat diperkatakan sekarang ni. Sebabnya, dia baru saja membuat pengakuan bahawa dia telah berkahwin dengan seorang wanita yang tak didedahkan namanya pada 18 November lalu di Thailand.
Sebelum ni, ada beberapa kontroversi dan khabar angin yang mengatakan ada ‘orang ketiga’ mengganggu perkahwinan pasangan pempengaruh ini. Alif juga pernah alami penyakit ain yang pada ketika itu, Aisyah secara terbuka menceritakan usaha-usahanya dalam menjaga dan membawa suaminya pergi berubat.
Disebabkan itu, apabila Alif berkahwin lagi satu, dia dilihat tidak menghargai jasa isterinya selama ini di mata netizen. Walaupun begitu, Aisyah sendiri meminta netizen untuk tidak bercakap buruk mengenai suami dan madunya serta turut mendoakan kebahagiaan mereka biarpun dia masih sedang menerima realiti tersebut.
Sumber: Harian Metro, mStar