Kalau korang masih ingat, semasa di sekolah rendah dulu, kita mempunyai kelas muzik yang mana mendedahkan kita dengan pelbagai peralatan muzik seperti rekoder, kastanet, marakas, kompang dan macam-macam lagi.
Antara salah satu instrumen yang wajib dipelajari oleh semua murid ialah rekoder. Ada yang masih simpan rekoder lama kat rumah tak? Rindunya hafal not-not muzik tu!
“Kenapa murid sekolah rendah diajar main rekoder?”
Pun begitu, apabila kita meningkat dewasa, mesti ramai yang terfikir kenapa kita kena belajar main rekoder sebab pembelajaran tu langsung tak ada kaitan dengan hidup kita sekarang kecualilah kalau korang seorang ahli muzik.
Well nampaknya tanggapan korang salah kerana menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, pembelajaran rekoder ini ada kaitan dengan perkembangan kanak-kanak.
Menjawab persoalan netizen, dia berkata dalam postingnya di Facebook, jika aktiviti sukan melatih kemahiran motor kanak-kanak, aktiviti seperti bermain muzik ini pula melatih pergerakan motor halus.
Main rekorder perlukan kemahiran jari-jemari menutup dan membuka lubang tertentu untuk menghasilkan nota muzik yang diinginkan. Ia perlu sempurna, atau bunyinya akan sumbang,” tulisnya.
“Apa tu kemahiran motor halus?”
Menurut Dr Kamarul, kemahiran motor halus atau dalam Bahasa Inggeris disebut ‘fine motor skill’ ini melibatkan kemahiran dan kecekapan mengawal jari dalam memanipulasi alatan yang dibantu oleh deria sentuhan dan stereognosis.
“Kita lazimnya diajar bahawa manusia ada 5 deria. Namun jika kita dalami ilmu perubatan, manusia mempunyai tidak kurang daripada 21 deria. Salah satunya adalah stereognosis.
“Stereognosis adalah kebolehan mengenal bentuk objek yang berada dalam tangan, walaupun tidak melihatnya. Maknanya, apabila mata ditutup, kita raba sesuatu objek, kita boleh tahu bentuknya,” katanya.
Kemahiran ini menurutnya sangat penting sama seperti deria propriosepsi iaitu kebolehan kita mengetahui di mana posisi tubuh macam tangan, kaki, mulut dan lain-lain walaupun kita tutup mata.
Malah tambahnya lagi, kemahiran meniup juga perlu dikuasai kanak-kanak kerana ia melatih otot oro-motor dan otot pernafasan. Ia juga menambah kecekapaan bertutur dan boleh kurangkan pelat serta jelaskan sebutan. Uish banyak tu kelebihan belajar rekoder!
Korang boleh baca dengan lebih lanjut kat posting asal di bawah:
https://www.facebook.com/505988350/posts/10159673558023351/?d=n
Apa-apapun bagi mereka yang tertanya-tanya tu, nah terjawab sudah persoalannya.
Ternyata ada banyak kelebihan yang kita tak tahu dan diharapkan anak-anak di sekolah rendah masa sekarang tak mengabaikan kelas muzik mereka dan belajar rekoder betul-betul ye!
Baca: Hero Kecil! Budak 3 Tahun Selamatkan Ibu Pengsan, Dial 999, Belajar Dari Kartun Robocar Poli