Korang yang pernah putus cinta tu mesti tau kan betapa pedih dan sedihnya bila putus cinta. Lebih-lebih lagi kalau korang dah lama bersama, lagilah rasa macam kosong.
Tapi korang tau tak, ada macam-macam cara yang korang boleh try untuk move on lepas awek atau pakwe korang cakap bye-bye. Ikut 7 langkah untuk tolong korang berhenti meratap selepas break up!
1. Ambil masa untuk pulihkan hati
Time heals. Korang rilek je takyah terburu-buru nak pulihkan hati yang sakit. Paling senang, benda pertama korang kena buat is, ambil peluang dan buat sesuatu untuk busy kan diri tu. Nak menangis? Nak meraung sekuat hati? Haa silakan diknon….
Banyakkan masa bersendirian tapi pastikan ada aktiviti korang buat untuk spend free time supaya fikiran dan kepala otak tu tak teringatkan lelaki yang minta clash dengan korang sebab dia ‘ter’sayang adik angkat dia tu!
\
2. Terima bahawa dia bukan untuk anda
Korang please hadam, semua yang jadi adalah yang terbaik untuk korang. Percayalah, ini semua kerja Tuhan. Kalau dia pergi, korang biar je dia pergi. Lagipun bukan dia sorang je ada kat dunia ni.
Ingat jugak ye, sedalam mana pun cinta korang tu, kalau memang ditakdirkan tak ada jodoh, takdelah maknanya. So, korang kena paksa jugak diri untuk terima hakikat. Percayalah satu pintu tertutup, satu lagi pintu terbuka luas untuk korang.
3. Mengadu pada Allah
Bro dan sis sekalian, dekat mana lagi nak mengadu kalau bukan dekat Tuhan kan? Korang nak nangis ke, nak meraung ke, lebih baik lah buat tu sambil tadah tangan dekat Allah. Kan lebih baik!
Tapi, korang janganlah pulak asyik berdoa je, tapi yang solat wajib lima waktu tu tak buat. Korang kena ingat jugak Allah tu Maha Mendengar dan Mengetahui apa kesedihan dan kesusahan yang korang alami.
4. Kelilingi diri dengan orang tersayang
Masa korang hangat bercinta, korang lupa keluarga kan? Haa… Bila dah putus, gunakan masa ni untuk kelilingi diri dengan keluarga dan kawan-kawan rapat korang. Macam-macam benda korang boleh buat dengan dorang. Lepak kat kedai mamak pun boleh.
Bila korang dah luangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan, tumpuan korang pun dekat dorang je, so, takdelah korang asyik teringat kat dia yang dah happy dengan awek baru tu!
5. Simpan barang kenangan jauh-jauh
Memang susah weh nak lepaskan orang yang kita sayang gila-gila tu. Dah tau tu, janganlah pergi simpan Teddy Bear yang dia kasi tu kat bilik! Pergi bakar ke, tak pun pergi jual atau derma je dekat orang.
So, bila semua barang yang dia bagi tu dah tak ada di pandangan mata korang, barulah bertambah mudah nak lupakan dia. Tak payah ingat dah dekat dia. Kumbang bukan seekor.
6. Cari hobi baru
Masa tengah bercinta, weekend je korang mesti jumpa dengan awek ke pakwe kan? Bila dah putus, korang patut happy sebab dapat buat benda lain. Pergi cari hobi! Kalau korang ada bakat terpendam, pergi asah bakat tu. Buat ape simpan je ye dakk?
Bila korang dah busy dengan hobi baru, ada pulak masa nak ingat orang tu? Takde beb! Korang akan fokus dekat hobi tuuuuu je. Mana tau, kot hobi tu boleh buat duit. Lagi masyuk weh!
7. Minta bantuan daripada pakar
Okay korang, serious talk. Kalau rasa-rasa langkah kat atas ni tak menjadi, jangan kecam, tapi bukak minda dan hati korang untuk dapatkan bantuan pakar. Dorang boleh tolong, rahsia korang pun, takdenya dorang nak cerita kat sesiapa.
Kalau korang tak nak pergi sebab takut orang kata korang gila, tak dapatlah nak tolong. Trust me, tak ada apa nak malunya jumpa dengan pakar. Tak yah peduli apa orang kata. Lantak diorang. Bukan diorang yang putus cinta!
Sakit macam mana pun putus cinta, korang kena ingat semuanya bersebab. Selain itu, ingatlah dalam hati bahawa kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum.
Bertabahlah… Ada hikmah disebalik setiap perpisahan…
Baca: Abang Bomba Tenang Pujuk Lelaki Putus Cinta, Gagalkan Misi Bunuh Diri