in

Kenal Dari ‘Dating Apps’ Lelaki 29 Tahun Ditahan R*gol Remaja 15 Tahun Sebelum Tinggalkan Bersendirian Di Lorong

Ft Wanita Rogol

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya menerusi dating apps. Lebih teruk lagi, mangsa ditinggalkan berseorangan di lorong.

Ketua Polis Daerah Cameron Highland Superintenden Azri bin Ramli berkata, pihaknya menerima laporan tersebut kira-kira jam 3.47 pagi pada 14 Disember 2024 lepas, difahamkan, kejadian berlaku semasa mereka berada di Pos Menson Ringlets, Cameron Highlands.

Artikel berkaitan : Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Sebab Merogol

Artikel berkaitan : Kanak-kanak Orang Asli Ditemui Maut Di Kawasan Paya Dipercayai Dibunuh, Dirogol

“Siasatan awal polis mendapati mangsa telah ebrkenalan dengan suspek di ‘dating apps’ dan telah dibawa untuk pergi berjalan-jalan dengan menaiki Proton Wira oleh suspek. Mangsa telah dibawa ke Kedah oleh suspek dan dirogol.”

Tambah Azri, suspek telah merogol mangsa sebanyak 4 kali di pelbagai tempat dalam kenderaan yang dinaiki.

“Suspek telah meninggalkan mangsa di lorong dan telah diselamatkan oleh orang awam sebelum bawa ke balai polis. Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Pakai Kuala Lipis untuk rawatan lanjut.”

Selepas laporan dibuat, pihak polis telah menangkap dua orang lelaki warga tempatan yang berusia 29 tahun dan 33 tahun untuk memabantu siasatan. Hasil mendapati bahawa, suspek pertama mempunyai 2 rekod jenayah lampau dibawah Seksyen 12(2) ADB 1953 dan 15(1) ADB 1953.

“Suspek kedua mempunyai 4 rekod lampau iaitu 3 dibawah Sekyen 15(1) ADB dan (1) Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang telah diatuhkan hukuman. Hasil siasatan terhadap suspek pertama telah mengaku merogol mangsa sebanyak 4 kali dalam kenderaan.”

“Permohonan reman ke atas suspek dibenarkan oleh Majistret Raub selama 7 hari bermula 14 Disember 2024 hingga 15 Disember 2024 bagi siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.”

Tambah Azri, pihaknya kini sedang melengkapan siasatan kes ini dan akan merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwaan negeri Pahang untuk cadangan pertuduhan ke atas suspek.

Sumber : Facebook