in

Kena Tegur Fasal Cuci Pinggan, Isteri Fad Bocey Bengang Pembantu Rumah Larikan Diri

Pembantu Rumah Fad Bocey Larikan Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak geram apabila mendapatkan khidmat pembantu rumah dengan mengharapkan tugasan yang diberikan dibuat dengan baik tetapi sebaliknya?

Kemudian, mereka ini tiba-tiba sahaja buat perangai dengan melarikan diri walaupun sudah diberi pelbagai keistimewaan.


Hal tersebut dikongsikan sendiri isteri kepada pelawak Fad Bocey iaitu Syaheera yang meluahkan rasa bengang apabila pembantu rumah melarikan diri dan sanggup meninggalkan anak-anaknya di kediaman mereka.

Screenshot 20230223 100938

Menerusi perkongsiaan Syaheera di Instagram, pembantu rumahnya bertindak melarikan diri menerusi pintu belakang rumah selepas ditegur tentang kerja di dapur.

“Isunya saya tegur fasal basuh pinggan. Memang jenis yang tak boleh ditegur. Sanggup tinggalkan anak. Memang melampau!”

Dapat dilihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik Syaheera, pembantu rumah itu sempat menukar pakaian berwarna hitam sebelum melarikan diri.

Screenshot 20230223 100924

“Muka dia baik, kalau bercakap penuh drama air mata. Dia buat kerja tu ketika saya keluar uruskan kerja lain,” katanya di Instastory.

Dia juga memaklumkan pembantu rumah terbabit sanggup menipu agensi pengurusan di Indonesia untuk bekerja di Malaysia dengan mengatakan dia salah seorang mangsa keganasan rumah tangga.

Padahal, pembantu rumah itu datang ke Malaysia tanpa izin suaminya dan turut menipu mengenai kematian ibu bapa sedangkan mereka berdua masih lagi hidup.

Setakat ini, pihak polis masih melakukan rondaan bagi mengesan wanita terbabit. Dalam pada itu, dia juga memohon jasa baik orang ramai menghubunginya jika terlihat wanita berkenaan di sekitar Setia Alam.

Baca: Hari Sanding Mempelai Ini Diganggu Oleh Perarakan Ex-GF Pengantin Lelaki

Ft Ex Gf Serang Wedding Pengantin

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.