in

Kena Mop Lantai, Pasang Cadar & Vakum Karpet, Pertandingan ‘Housekeeping’ Di AS Jadi Perhatian Ramai

f1 pertandingan housekeeping

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini kami pernah kongsikan tentang pertandingan tanpa buat apa-apa di Korea Selatan, kali ini kami nak share pula tentang pertandingan mop lantai, pasang cadar dan kemas katil yang melibatkan pekerja-pekerja pengurusan hotel sebagai peserta-peserta pertandingan.

Memetik laporan Daily Mail, pertandingan housekeeping yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat itu telah dianjurkan baru-baru ini dan ia merupakan kejohanan yang ke-33.


3 3

Antara acara yang dipertandingkan dalam kejohanan housekeeping itu ialah pasang cadar dan kemas katil, mop lantai serta vakum karpet secara berkumpulan.

Artikel Berkaitan: “Macam kuda kepang je”- Pertandingan Vegan Horse Riding Di Finland Ini Jadi Perhatian Netizen

Artikel Berkaitan: The Space Out: Pertandingan Tanpa Buat Apa-Apa Di Korea Selatan

Difahamkan, pertandingan itu telah melibatkan ratusan pekerja dalam bidang hospitality dan upacara pembukaan kejohanan juga macam sukan Olimpik, siap ada perarakan peserta lagi.

Dalam acara mop lantai, peserta perlu mengemop di sekitar kawasan yang telah diletakkan papan tanda “Awas Lantai Licin” dan acara ini menguji kepantasan dan ketangkasan peserta.

2 1 3

Manakala dalam acara kemas katil pula, peserta dinilai dari segi kepantasan dan tahap kerapian cadar yang dipasang oleh mereka.

Untuk acara vakum pula, peserta yang berjaya membersihkan kertas konfeti yang bertaburan di atas karpet menggunakan pembersih hampagas dengan cepat akan dipilih sebagai pemenang.

1 2 2

Untuk pengetahuan anda, pertandingan seumpama ini bukanlah sesuatu yang pelik sebab di negara Jepun juga, pertandingan kemas katil pernah dianjurkan di negara matahari terbit itu.

Menarik jugak pertandingan-pertandingan macam ni kan. 

Sumber: Daily Mail

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.