in

“Kena ada give and take” – Wanita Beri Pendapat Isu ‘What did you bring to the table’

table 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang belum tahu, ‘What did you bring to the table’ adalah satu situasi tentang apa yang boleh ‘dibawa’ oleh pasangan ke dalam rumah tangga mereka. Contohnya, si suami berperanan menyediakan rumah dan isteri pula menjaga anak.

Pun begitu, isu ‘What did you bring to the table’ menjadi kecoh di TikTok sehingga ramai netizen berdebat dan membuat pelbagai video pendapat mereka mengenai isu tersebut.


Table ibarat hubungan”

Selepas ramai netizen mengutarakan pendapat mereka, seorang wanita di TikTok tampil memberikan jawapan yang tidak berat sebelah malah menjelaskan lagi peranan suami dan isteri dalam rumah tangga.

Artikel berkaitan: “Penantian 11 tahun” – Pasangan Suami Isteri Menanti Zuriat Setelah Sekian Lama, Undang Sebak Netizen

Artikel berkaitan: Pernah Tular Miliki 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Menimang Cahaya Mata Ke-12

Katanya, ia bermula daripada ‘siapa’ yang meletakkan table (meja) itu terlebih dahulu, jadi masing-masing perlu bertanggungjawab. Table pula diibaratkan sebagai sebuah hubungan.

Persoalannya, siapa yang letak table tu dekat situ? Korang juga.. ibaratkan meja tu perkahwinan atau hubungan korang. Dah masing-masing letak table tu, masing-masing kena letak sesuatu atas table tu.

Dia sama sekali tidak bersetuju apabila ada netizen yang berharap diberikan macam-macam tetapi tidak mahu membalas apa-apa. Namun, setiap suami dan isteri mempunyai peranan masing-masing yang agak berbeza.

Cuma peranan berbeza. Lelaki ni jadi provider, protector. Dia lebih kepada aspek fizikal dan material. Kalau perempuan, korang boleh bawa ketenangan, sokongan emosi, hormat. Bukan cakap ‘Saya tak bagi apa-apa, saya bagi diri saya sahaja.’

@deakhalidmua

Give and take. Kalau rasa tak boleh give and take, stay alone and lonely. At least, you won’t hurt another soul.

♬ original sound – Dea Khalid – Dea Khalid

Nak kahwin kena ada ilmu

Dia turut berpendapat, setiap pasangan perlu ada ilmu rumah tangga yang cukup dan mengamalkan konsep ‘Give and Take’ iaitu membalas apabila diberikan sesuatu.

Nak kahwin kena ada ilmu baru hubungan seronok. Sebagai lelaki, kalau tak ada provider mindset, melindungi… macam mana perempuan nak bagi rasa hormat dan keselesaan?

Ada pula bila lelaki dah bagi semua sebab dia rasa berbaloi, yang perempuan jawab ‘Saya tak bagi apa-apa’. Tak boleh hormat dia? Tak boleh bagi sokongan emosi? Kalau macam tu, apa fungsi korang ada dalam hubungan?

Dia menyimpulkan bahawa peranan antara suami dan isteri ini yang akan menguatkan lagi hubungan dalam rumah tangga.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat wanita tersebut.

table 1 table 2 table 3

Konsep dia give and take.. kena ada kerjasama..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.