Hujung minggu lepas tular sebuah video penampakan cahaya unik di langit Johor Bahru pada waktu malam.
Ramai yang berspekulasi dan ingin tahu apakah cahaya yang berwarna kemerah-merahan di langit selatan tanah air itu.

Terdapat juga beberapa video dan gambar cahaya tersebut yang sempat dirakamkan oleh penduduk sekitar.
JOHOR : Fenomena Light Pillar atau Tiang Cahaya yang dapat disaksikan oleh penduduk di sekitar Johor Bahru malam tadi.
Tiang Cahaya mrupakan fenomena optik yg berlaku di atmosfera Bumi hasil daripada pantulan cahaya semulajadi atau buatan pada kristal ais yang terampai di udara. pic.twitter.com/bjetoSDv3T
— rizalhakimm (@rizalhakimm1) March 26, 2023
Difahamkan, fenomena tersebut dikenali sebagai light pillars atau tiang cahaya. Ia terjadi apabila di permukaan Bumi terdapat cahaya yang terang dan dikelilingi oleh air.
Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), ketika kejadian tersebut suhu atmosfera sangat sejuk hingga terbentuk ais (berbentuk kepingan) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
“Manakala suhu di permukaan Bumi pula sangat panas. Pertembungan kedua-dua keadaan itu katanya menyebabkan cahaya tadi terpantul ke atmosfera dan kelihatan seolah-olah tiang cahaya tergantung di langit.
Keadaan ini selalu terjadi di kawasan kutub atau polar. Fenomena itu juga boleh berlaku di mana sahaja, sebagai contoh pada tahun 2017 sekumpulan jurugambar di Kudat, Sabah telah menyaksikan fenomena yang sangat jarang berlaku ini,” tulisnya.
Selain itu, difahamkan cahaya yang dipantul daripada bot-bot nelayan juga boleh mencetuskan fenomena yang sama.
Cantik lah!
Baca: “Ingatkan satelit”- Fenomena Penghijaban Planet Zuhrah Dengan Bulan Tarik Perhatian Ramai

