in

Kemalangan Sotong Ride: Pengusaha Fun Fair Masih Beroperasi Walaupun Dah Disita November Lepas

ft fun fair operasi secara haram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menegaskan bahawa pihak mereka sebenarnya sudah sita tapak pesta ria (fun fair) berhampiran Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor, namun pengusahanya masih berdegil meneruskan operasi hingga menyebabkan tiga pengunjung cedera semalam.

Yang Dipertua MPKS Rahilah Rahmat berkata, pihak mereka telahpun melakukan sitaan terhadap fun fair tersebut pada 29 November lalu selepas permit operasi tidak diluluskan, lapor Harian Metro.


 

Beroperasi secara haram, hanya dapat kebenaran pemilik tanah, bukan pihak berkuasa 

Tambah beliau, tapak pesta ria itu bukan sahaja beroperasi secara haram, ia juga  tidak mendapat kebenaran MPKS, selain polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Pengusaha tapak pesta ria itu ada membuat permohonan permit daripada MPKS. Namun kita tidak meluluskannya dan menyita lokasi itu.”

“Bagaimanapun, pihak berkaitan masih berdegil untuk beroperasi bermula Sabtu lalu (10 Disember) hingga mengakibatkan berlaku insiden malang itu,” katanya selepas meninjau tapak pesta ria itu, hari ini.

Malah beliau mengatakan bahawa pengusaha terbabit tidak mendapat kebenaran daripada MPKS, hanya dapat kebenaran daripada pemilik tanah.

Sehubungan itu, MPKS telah memberi notis kompaun kepada pengusaha tapak pesta ria itu mengikut Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995.

Screenshot 2022 12 13 161613

“Kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.”

“Tapak pesta ria itu turut diarahkan tutup dan tidak boleh beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Oleh itu, Rahilah turut menasihati semua pihak supaya mematuhi arahan ditetapkan dan tidak beroperasi tanpa permit sah seperti kejadian ini.

Tambahnya, kejadian seperti ini pasti dapat dielakkan jika arahan pihak berkuasa dipatuhi sejak awal ketika sitaan dilakukan.

Baca : [VIDEO] Abang Mangsa ‘Ride Sotong’ Fun Fair Buat ‘Spot Check’, Dakwa Permainan Tiada Ciri Keselamatan

ft budak fun fair 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.