Sedia maklum, Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal diadakan tidak lama lagi apabila ahli politik daripada parti masing-masing mengadakan ceramah di beberapa tempat.
Ketika kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang sedang hangat berkempen, seorang influencer TikTok telah mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Menerusi video tular, influencer yang berasal dari Kedah itu membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura dalam kempen ceramahnya.
Namun, video berdurasi satu minit 35 saat itu telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai apabila influencer terbabit mengeluarkan beberapa kenyataan yang berunsur lucah.
Laporan polis dibuat
Susulan itu, Young Syefura atau lebih mesra dikenali sebagai Rara membuat laporan polis terhadap influencer terbabit sebagai kes gangguan seksual.
Setelah mengadakan perbincangan bersama YB @youngsyefura , satu laporan polis akan dibuat pada petang ini di IPD Bentong terhadap seorang influencer yang telah melakukan sexist remarks dan harassment terhadap YB Young Syefura di akaun sosial media beliau.
— Noor Suhana Ishak ?? ? (@cek_suhana) July 17, 2023
“Video itu kemudian tular dan telah dikongsi oleh banyak pihak lain. Dalam video yang dimuat naik oleh pempengaruh tersebut, beliau telah menyebut beberapa perkataan lucah berserta lenggok bahasa badan beliau yang telah menyebabkan saya tidak selesa,” katanya.
Ujarnya, beliau terbuka jika mahu mengkritik mengenai ideologi politik namun apa yang dilakukan oleh influencer itu disifatkan sebagai satu serangan peribadi dan menjejaskan reputasi dan kehormatan seorang wanita.
Tambahnya, tujuan laporan polis dibuat untuk memberi pengajaran kepada semua pelaku jenayah gangguan seksual, lapor Berita Harian.
Meninjau video terkini influencer itu, dia tetap dengan pendiriannya dan berasa berhak ‘menegur’ ahli parlimen terbabit. Dia juga bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya dia dipanggil dengan pihak berkuasa.
Baca: Berbaju Kurung Ketika Lawat Kawasan Banjir, YB Young Syefura Dapat Komen Lucah Lelaki Gatal