Kadang-kala, kedatangan cinta itu tidak dapat disangka-sangka, jodoh pertemuan itu semua terletak kepada yang Esa.
Itulah yang sesuai digambarkan buat pasangan ini yang tidak pernah bersua muka namun sudah selamat bertunang.
Menurut laporan Harian Metro, Nur Syafiqah Abd Rashid berkongsi dia selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Mohd Hafiz Jamaludin yang ditemuinya dalam satu sesi live di media sosial.
Difahamkan, pertunangan mereka selamat dijalankan pada 23 Disember lalu di rumah keluarganya yang terletak di Kampung Jerung Surau, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu yang dihadiri oleh ahli keluarganya.
@syafiqah311 kawan aku cakap aku gila sebab bertunang dengan orang yang aku tak pernah jumpa depan depan ye aku akui.. aku sendiri pon tak percaya aku buat keputusan macam ni.. kami hanya berkawan online lepas tu bercinta LDR selama 1 tahun tapi tak pernah sekali pon kami berjumpa sebab dia kerja kat australia dan aku malaysia tapi sungguh hebat cinta yang Allah hadilkan ini buat aku sangat yakin dengan dia.. tak mampu aku berkata apa apa lagi selain aku sayang kan dia sangat sangat.. semoga Allah permudahkan urusan kita lepas ni untuk kahwin.. saya sentiasa menunggu awak pulang 🥹🤍 @Hafiz Jamaludin
Mohd Hafiz merupakan seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang masak di Australia namun berasal dari Negeri Sembilan.
“Kami memang tak pernah berjumpa sepanjang berkenalan dan kiranya bercinta jarak jauh sahaja sejak lebih setahun lalu.
Cuma setiap hari tunang akan telefon saya, walaupun kadangkala tak ada apa yang nak borak dan sebab itu kami tahu aktiviti dilakukan satu sama lain.
Saya juga pernah membuat panggilan video bertiga dengan tunang dan ibunya restu, malah terima saya sebagai bakal menantunya,” katanya.
Nur Syafiqah mengakui memandangkan tunangnya itu berada jauh darinya, mereka berdua mempunyai kesusahan untuk memujuk serta mendapatkan restu daripada keluarganya.
Malah, ada juga ahli keluarganya yang risau jika Nur Syafiqah terjerat dalam love scam tetapi abangnya membantu menyemak latar belakang Mohd Hafiz sebelum kedua-dua mereka mengikat tali pertunangan.
Kedua-dua mereka akan disatukan dalam sebuah majlis yang dirancang akan diadakan pada bulan Mei tahun ini.
Semoga kedua-dua mereka berbahagia hingga ke Jannah!
Sumber: Harian Metro