Kerap kali kita dengar mengenai kes melibatkan individu yang pergi ke negara jiran selepas mendakwa mendapat pekerjaan di sana, namun akhirnya dilaporkan telah diculik dan terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia.
Meskipun ramai yang sudah cakna dengan kes seperti ini, baru-baru ini tular satu kes yang melibatkan gadis berusia 22 tahun yang dikatakan telah hilang selepas berkunjung ke Thailand pada pada hujung Mei lepas.
Ibu risau anak tak dapat dihubungi setelah tiba di Thailand
Menurut Coconuts, isu kehilangan gadis bernama Angie Chong Sum Yee ini mula mendapat perhatian selepas ibu mangsa memuat naik posting di Facebook meminta pertolongan orang ramai tentang kehilangan anaknya itu.
Tolong saya cari gadis ini. Dia telah hilang dalam tempoh 24 jam. Tempat terakhir dia berada adalah di Chiang Mai, Thailand,” tulis ibunya di Facebook.
Susulan itu, keluarga Angie juga telah membuat laporan polis kepada pihak berkuasa di Malaysia dan Thailand berhubung apa yang menimpa gadis tersebut.
Imej mirip gadis hilang terakam di CCTV
Namun menurut Harian Metro, usaha mencari Angie menemui sinar baharu apabila kelibatnya dikatakan telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV), kelmarin.
Abang mangsa, Chong berkata, perkara itu tersebar selepas rakaman CCTV memaparkan seorang gadis mirip wajahnya adiknya disiarkan dalam satu laporan berita di Thailand.
Setakat ini itu sahaja perkembangan terbaru yang kami dapat… laporan berita Thailand itu kami tengok di YouTube.
“Tetapi buat masa ini kami belum pergi ke sana untuk sahkan sama ada itu betul-betul adik saya atau tidak,” katanya.
Abang mangsa juga memberitahu yang dia dan keluarga sejujurnya tidak tahu tujuan Angie ke negara jiran serta hanya mengetahui keberadaan adiknya itu selepas gadis itu dikatakan tiba di Thailand pada 29 Mei lalu.
Dia tak ada bagi tahu sesiapa sebelum bertolak ke sana, apabila sudah sampai sana baru dia beritahu kami.
“Selepas dia sampai dia berhubung dengan kami menerusi WhatsApp sampai tiba-tiba dia senyap… kali terakhir dia berhubung dengan kami pada 31 Mei,” katanya lagi.
Dalam pada itu, The Bangkok Post juga melaporkan bahawa pihak berkuasa Thailand kini sedang melancarkan operasi mencari Angie yang dikatakan kali terakhir berada di kota Mae Sai, Chiang Rai berdekatan dengan sempadan Myanmar.
Harap Angie dapatlah ditemui dengan segera. Kesian keluarganya risau sangat akan kehilangan gadis ini.
Baca: Rintihan 2 Ibu Raih Perhatian PM, Mangsa Job Scam Di Myanmar Berjaya Diselamatkan